[VIDEO] Endrick dos Santos sah ke Vietnam; Sumareh-Nazmi Faiz antara bintang JDT patut 'request loan'


  • Podium
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Endrick sah meninggalkan JDT untuk mengembangkan sayapnya ke Vietnam.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) membuat keputusan untuk meminjamkan tonggak tengah mereka, Endrick dos Santos ke kelab Vietnam, Ho Chi Minh City.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di media sosial Johor Southern Tigers baru-baru ini.

Edwards mengucapkan selamat maju jaya buat Endrick yang bakal menyarung jersi Ho Chi Minh City dan berharap dia bakal memperoleh sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di sana bagi membantu JDT pada masa akan datang.

BACA LAGI: Muda-muda lagi aura pemimpin sudah ada, Arif Aiman tak keseorangan galas tanggungjawab kapten

BACA LAGI: [VIDEO] Dari 77 untuk 7, penyokong sebak tengok Aliff Haiqal lap peluh luka Mickey

Musim ini, Endrick merekodkan empat penampilan bersama skuad Harimau Selatan dan pemain naturalisasi negara ini masih belum mencetak sebarang gol mahu pun bantuan jaringan.

Perpindahan itu sekali gus memberikan manfaat buatnya lebih banyak peluang untuk bermain dan mengembalikan prestasinya seperti dahulu.

Melihat kepada perpindahan secara pinjaman Endrick itu, tiga pemain JDT lain wajar mengikuti jejak langkah bintang naturalisasi itu demi memperbaiki karier yang semakin tenggelam.

Majoriti senaraikan tiga pemain JDT wajar dipinjamkan keluar demi perkembangan karier yang semakin malap:

1. Mohamadou Sumareh

Pemain naturalisasi kelahiran Gambia ini wajar dipinjamkan ke kelab Liga M supaya prestasinya dapat dipulihkan semula.

Sebagai seorang pemain sayap, Sumareh pernah menjadi buah mulut penyokong tempatan kerana kelajuan, kelincahan dan ketajaman di depan pintu gol.

Jika Sumareh dibawa masuk secara pinjaman ke mana-mana kelab, kemahiran dan ketangkasannya pasti masih boleh digilap semula.

VIDEO

2. Nazmi Faiz Mansor

Arkitek tengah yang disambar dari Selangor pada 2019 ini semakin sunyi daripada bibir penyokong lantaran peranannya banyak dipikul oleh Afiq Fazail ketika ini.

Namun itu tidak bermakna Nazmi tidak setajam dahulu kerana pemain ini sangat mahir melakukan jaringan di samping merencanakan gerakan pasukan itu dari kawasan tengah.

Dengan keluar menjadi pemain pinjaman bersama pasukan lain, ia dirasakan mampu menghidupkan kembali nama Nazmi Faiz seperti dahulu.

3. Gabriel Nistelrooy

Pujian sudah tentu diberikan terhadap pemain berusia 24 tahun berkenaan yang semakin matang dalam gaya permainannya meskipun sudah bertahun-tahun bakatnya disedari orang ramai.

Malah, ada yang beranggapan Gabriel dilihat perlu mengembangkan bakatnya dengan menyertai pasukan lain berikutan sukar untuk menembusi skuad utama Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika ini.

Beraksi bersama JDT II dalam saingan Piala MFL, Nisterooy menampilkan aksi memukau apabila sudah memiliki tujuh gol dalam tujuh perlawanan.

Dalam pada itu, peluang cerah terhidang untuk Nistelrooy melebarkan sayapnya jika mengikuti jejak langkah Endrick. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram