'Cukup-cukuplah', Wee Ka Siong gesa bank turunkan kadar 'merchant fee'


  • Primer
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Wee Ka Siong menggesa pihak bank mengurangkan kadar mesin pembayaran elektronik bagi meringankan beban rakyat.

BANK harus menurunkan kadar mesin pembayaran elektronik mereka kerana transaksi dalam talian sudah menjadi norma kehidupan, kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

"Telah tiba masanya untuk pihak bank mengurangkan kadar mesin pembayaran elektronik kerana transaksi dalam talian digunakan secara meluas," gesa Presiden MCA itu.

Beliau turut menegaskan jika bank tidak mampu menyesuaikan pendekatan baharu orang ramai, mereka akan memberikan beban kepada pengguna dan peniaga.

BACA LAGI: Polis klasifikasikan kes suri rumah dijumpai dengan kesan jerut sebagai kes bunuh

BACA LAGI: Jasad Nidza Afham tiada kecederaan fizikal, kematian diklasifikasi SDR

"Sudah tiba masanya pihak bank melakukan apa yang mereka perlu untuk meringankan beban rakyat.

"Bagi saya, tempoh ini wajar dilaksanakan segera kerana dengan ini akan memaksa setiap bank menambah pelaburan dengan memperkasakan sistem perkhidmatan dalam talian.

"Ia kerana rakyat sudah biasa bergantung kepada sistem e-pembayaran," katanya dalam Facebook pada Khamis(15 Ogos).

Beliau turut berkongsi bahawa Maybank dan CIMB telah didenda RM4.32 juta dan RM 760,000 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana gangguan yang berlaku terhadap perkhidmatan e-perbankan kedua-dua institusi kewangan terbabit masing-masing pada Jun dan April.

Namun jumlah denda ini hanya 0.03 peratus dan 0.01 peratus daripada keuntungan cukai mereka pada 2023.

"Peratusan ini jauh lebih kecil berbanding dengan kadar yang dikenakan oleh bank-bank ini kepada pengguna untuk transaksi," kata Dr Wee.

Beliau berkata, terdapat bukti yang kukuh untuk Bank Negara Malaysia menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut.

Menurutnya, walaupun denda yang dikenakan tidak signifikan berbanding keuntungan bank yang jauh lebih besar, tindakan BNM wajar mendapat pujian.

"Ini juga merupakan permulaan positif bagi BNM dalam peranannya sebagai pihak berkuasa kawal selia kewangan di Malaysia," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram