SELEPAS mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak awal tahun ini, bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak mula menceburi sukan badminton bagi mengekalkan stamina dan kesihatannya.
Bekas pemain berusia 37 tahun itu tidak disambungkan kontrak oleh Negeri Sembilan FC (NSFC) atas sebab tertentu seperti yang dinyatakan oleh pihak pengurusan The Jangs.
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) juga mengumumkan rombakan ke atas struktur pengurusan pasukan dengan Faliq Firdaus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) musim ini.
BACA LAGI: Anda semua akan menolak Sang Kenari terbang tinggi — Daud Bakar
Namun rezeki Zaquan tidak terhenti sebagai pemain bola sepak apabila beliau kini merupakan 'pundit' di Astro Arena dengan mengulas serta menganalisis setiap perlawanan Liga Super.
Menerusi perkongsian video Halim Stringer di media sosial berseloroh dengan Zaquan mengenai kekuatan tangan dan kakinya yang sedang berehat di tepi gelanggang badminton.
Zaquan berkata, kekuatan kakinya berada dalam keadaan baik, tetapi apabila melibatkan 'upper body' tidak begitu bagus untuk bermain badminton.
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga memberitahu sedang berlatih untuk kejohanan badminton yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pakaian dan kelengkapan sukan terkenal China.
"Saya tengah 'prepare' untuk tournament, 3 on 3."
Pemilik video itu turut memuji sikap semangat Zaquan yang turun berlatih meskipun sudah bergelar atlet profesional.
Sebelum membuat keputusan untuk menggantung but, Zaquan beraksi dalam 43 perlawanan bersama Negeri Sembilan dan sempat menjaringkan sembilan gol sejak mewakili pasukan itu pada 2021 hingga 2023.
Zaquan juga antara individu yang bertanggungjawab membawa Harimau Malaya ke pentas akhir Piala AFF 2018 sebelum tewas di tangan Vietnam dengan agregat 2-3. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram