[VIDEO] Katanya bergaduh, ayah Lamine Yamal ditikam 10 kali bertubi-tubi dekat parkir


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Yamal bersama Nasraoui selepas Sepanyol memenangi Euro 2024. — Getty Images

BINTANG bola sepak muda Sepanyol, Lamine Yamal ditimpa masalah keluarga apabila ayahnya ditikam di sebuah tempat letak kereta di bandar Mataro, dekat Barcelona, Sepanyol pada Rabu.

Memetik laporan dikeluarkan Reuters, Mounir Nasraoui telah dibawa ke hospital Can Ruti di bandar Badalona berhampiran dan difahamkan mengalami kecederaan serius susulan kejadian tikam berkenaan.

Sebelum insiden berdarah tersebut berlaku, timbul pergaduhan berlaku di luar kereta kereta sehingga menyaksikan Nasraoui ditikam kira-kira 10 kali oleh suspek sebelum dia dikejarkan ke hospital.

BACA LAGI: Dikecewakan arkitek Sepanyol, Liverpool lega Luis Diaz tak jadi pergi Manchester

BACA LAGI: Dikaitkan dengan bintang Euro Sepanyol, pengurus Liverpool enggan beri harapan palsu

Walaupun punca sebenar serangan berkenaan masih tidak diketahui, dipercayai tikaman itu mungkin berpunca daripada pertengkaran sebelum ini.

Setelah beberapa jam berada di hospital, laporan kemudian oleh laman web sukan Relevo menyatakan bahawa ayah bintang muda Sepanyol itu telah dikeluarkan dari hospital dan kembali ke rumahnya.

Polis Barcelona memulakan siasatan ke atas insiden itu dengan difahamkan beberapa orang dipercayai terlibat. Agensi berita EFE berkenaan juga memberitahu bahawa beberapa tangkapan juga telah dibuat.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 14.55.34

Tangkap layar kejadian menimpa ayah Yamal.

Nasraoui, 35, pada bulan lepas menyaksikan anaknya menjadi pemain termuda yang muncul dan menjaringkan gol di Kejohanan Eropah ketika Sepanyol memenangi kejohanan Euro 2024.

Yamal yang baru berusia 17 tahun itu menjadi watak utama dalam kejayaan Sepanyol di pentas Eropah dengan menjaringkan gol menentang Perancis pada separuh akhir pada 9 Julai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram