PESERTA saingan Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) Hulu Selangor dari Sekolah Kebangsaan (SK) Serendah mencipta rekod baharu dalam perlumbaan 4x200 meter (m).
Dalam pertandingan separuh akhir berlangsung di Stadium UPSI, Tanjung Malim, Perak itu, wakil dari sekolah berkenaan hanya memerlukan masa dua minit 15 saat untuk menamatkan perlumbaan.
Ini sekali gus memecahkan rekod 12 tahun dilakar SK Batang Kali pada 2012 dengan perbezaan hanya satu saat dengan ia sekali gus menaikkan lagi nama sekolah itu.
BACA LAGI: Atlet Hulu Selangor pecah 24 rekod MSSD termasuk 2 catatan usia 14 tahun
BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil dipukul pemain MSSD: KFA tunggu laporan penuh JPN Kedah
Perlumbaan cukup mendebarkan disaksikan di peringkat separuh akhir. — Facebook/Azrul Hisham Hamzah
SK Serendah diikuti SK Taman Bunga Raya 2 yang memerlukan masa dua minit 19 saat untuk menamatkan perlumbaan berkenaan untuk membawa mereka ke perlawanan akhir.
SK Bukit Sentosa (2:19:78) dan SK Bukit Beruntung 2 (2:21:25) masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat turut menempah tiket ke perlumbaan seterusnya berdasarkan catatan masa terbaik.
SK Serendah sudah tentu berbangga dengan kesemua empat atlet mereka yang kemudiannya akan memasang cita-cita mencalarkan rekod dua minit tiga saat di peringkat Majlis Sukan-Sukan Selangor (MSSS) dicatatkan MSSD Gombak pada 2013.
Kesemua mereka yang layak ke peringkat seterusnya bakal berdepan SK Antara Gapi, SK Kuala Kubu Bharu 2, SK Ulu Yam Bharu serta SK Bukit Beruntung dalam pertandingan tersebut.
Acara lari berganti terus menjadi tumpuan dalam temasya MSSD. — Facebook/Azrul Hisham Hamzah
Dalam pada itu, SK Serendah juga mencipta rekod baharu dalam acara lompat jauh selepas Asy-Syifa' Firyal Azraee mencatatkan lompatan sejauh 3.87m pada Khamis.
Jarak itu mencalarkan catatan terdahulu yang dipegang peserta dari Gedangsa, Puteri Eryana Batrisya Mohd Ezuan pada 2022 dengan lompatan sejauh 3.74m pernah direkodkannya.
Angka terbaru tersebut menyaksikan Asy-Syifa' berada di kedudukan teratas dengan pesaing terdekat, Amina Atrina Mohd Alif Amirul Afiq Abdullah dengan catatan terbaik 3.57m.
Ia sekali gus membuktikan SK Serendah memiliki lambakan atlet muda yang berkualiti dengan masing-masing boleh digilap untuk terus beraksi sebagai atlet negara pada masa akan datang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram