Lepas tular aksi 'backflip', Sekolah Henry Gurney Keningau pamer formasi terbang, juara kawad kaki MSSD 2024


  • Tular
  • Sabtu, 10 Ogos 2024

Sekolah Henry Gurney Keningau muncul juara bagi acara kawad kaki pada kejohanan Olahraga MSSD Keningau, Sabah.

PASUKAN kawad kaki Sekolah Henry Gurney Keningau mencuri perhatian ramai apabila sekali lagi muncul juara persembahan kawad kaki pada kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Keningau, Sabah pada Jumaat.

Pernah tular apabila mempamerkan aksi 'backflip' pada edisi tahun lalu, pasukan itu berjaya mempertahankan kemenangannya menerusi persembahan yang tidak kurang hebatnya pada edisi kali ini.

Formasi kawad 'terbang' dilakukan menjadi bualan hangat warganet di laman sosial dengan pasukan berkenaan disifatkan memiliki keistimewaan tersendiri bagi acara tersebut.

BACA LAGI: 'Patutnya masuk Henry Gurney atau penjara 2 tahun', ibu Damin Mikhail tak puas hati keputusan mahkamah

BACA LAGI: Video kawad ajar disiplin, UPNM trending lagi di Twitter

Meraih perkongsian ramai di laman Facebook, rata-ratanya amat mengagumi keberanian sekolah terbabit dalam mempamerkan kelainan dalam kawad kaki.

Turut meraih sokongan di stadium, penonton difahamkan terpukau dan memberikan sorakan gemuruh sebaik diumukna juara bagi acara tersebut.

Dalam pada itu, seramai 40 orang penghuni Sekolah Henry Gurney Keningau telah menyertai Pertandingan Kawad sempena Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Keningau Kali ke-54 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Keningau tersebut.

Sebanyak 24 kontinjen perbarisan telah menyertai pertandingan kawad berkenaan dan dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Untuk rekod, kontinjen Sekolah Henry Gurney Keningau telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan kawad itu sekali gus mempertahankan kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut bagi kategori Sekolah Menengah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram