Atlet Hulu Selangor pecah 24 rekod MSSD termasuk 2 catatan usia 14 tahun


  • Podium
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Peserta acara larian dalam temasya MSSD beraksi dengan baik untuk mengharumkan nama sekolah yang diwakili.

HULU Selangor berada di landasan terbaik melahirkan atlet berbakat besar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi apabila 24 rekod acara olahraga dipecahkan setakat hari ketiga kejohanan Majlis Sukan-Sukan Peringkat Daerah (MSSD) kali ke-54 bagi 2024.

Kejohanan itu yang berlangsung selama lima hari bermula 12 Ogos sehingga 16 Ogos bertempat di Stadium UPSI, Tanjung Malim menyaksikan lebih 1,000 atlet bertanding melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah.

Pada kejohanan tahun ini, sebanyak 17 sekolah menengah dan 51 sekolah rendah dari seluruh daerah Hulu Selangor mengambil bahagian.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil dipukul pemain MSSD: KFA tunggu laporan penuh JPN Kedah

BACA LAGI: Sekolah Henry Gurney sahut cabaran, pamer formasi kawad Muay Thai, silat pada Hari Kebangsaan 2024

Setakat 14 Ogos, enam acara mencatatkan rekod baharu kejohanan MSSD Hulu Selangor iaitu bagi acara lontar peluru, rejam lembing, lontar cakera, lompat jauh, lompat tinggi dan larian 1,500 meter (m).

Antara rekod yang menjadi tumpuan adalah lemparan emas dari atlet Sekolah Sukan Negeri (SSN), Muhammad Danial Najmi Mohd Munir yang memperbaharui rekod sendiri.

455060431_860659892713566_3349387752887563112_n

Acara lompat jauh merupakan antara yang dipertandingkan dalam MSSD Hulu Selangor.

Tahun lalu, Danial mencatatkan lemparan sejauh 38.47 meter dan kali ini, dia memecahkan rekod sendiri dengan lemparan sejauh 39.59m.

Di peringkat MSS Selangor (MSSS), rekod terjauh dicatatkan pada 2013 oleh Fariz Hazim Jamaluddin dari SMK Klang dengan keputusan 49.09m.

Rekod lempar cakera paling jauh dicatatkan di peringkat MSS Malaysia (MSSM) pula adalah pada 2018, dipegang oleh altet Sarawak, Jonah Chang Anak Rigan dengan balingan sejauh 58.78m.

Satu lagi rekod yang mendapat perhatian adalah acara lontar peluru perempuan, menyaksikan atlet Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batang Kali, Viannchualiana Tavip memadam catatan sebelum ini yang dipegang oleh Bazla Ahmad Zaki dari Sekolah Kebangsaan (SK) Serendah.

Rekod Bazla sebelum ini adalah 8m, dipadam dengan rekod baharu dari Viannchualiana dengan balingan sejauh 8.46m.

Antata rekod baharu lain yang dicatatkan adalah acara lompat tinggi lelaki, Muhammad Khaled Mayshall Noor Hayatim dari SK Bukit Beruntung dengan catatan 1.48m.

455322622_860658516047037_3988073546309753509_n

Antara aksi atlet lompat tinggi ketika kejohanan MSSD Hulu Selangor.

Pencapaiannya itu mengatasi rekod lama yang dipegang Abdullah Fahmi Khusyairi Ahmad Yani dari SK Taman Bunga Raya 2 yang dicatatkan pada 2020 dengan ketinggian 1.43m.

Rekod MSSS masih lagi dipegang oleh Hashim Sayuti dari SK Sabak Bernam yang dicapai pada 1981 dengan catatan 1.57m.

Atlet dari SMK Bukit Beruntung 2, Najwa Adlina Zuraimi pula memadamkan rekod 14 tahun lalu yang dipegang oleh Ong Hoe Yee dari SMKJC Kalumpang.

Najwa merekodkan lompatan sejauh 4.39m mengatas pencapaian Hoe Yee, 4.03m.

Satu lagi rekod berusia 14 tahun berjaya dipecahkan adalah acara 800m perempuan.

Kritikah Suresh dari SMK Dato' Haji Kamaruddin memperbaharui rekod dengan masa 2 minit 45.47 saat mengatasi catatan Nurshafikah Azni Azman (2 minit 57.3 saat).

Untuk keputusan harian dan rekod lain yang dicatatkan, boleh layari https://www.jsports.com.my/olahraga/huselian/index.php?id=5. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram