SELEPAS menyambar Matthijs de Ligt, Lenny Yoro dan Noussair Mazraoui, kini Manchester United meneruskan misi mengukuhkan lagi pasukan dengan melanjutkan kontrak kapten, Bruno Fernades.
Fernandes yang menyertai kelab itu pada Januari 2020 dilanjutkan kontrak sehingga musim 2027.
Beraksi bersama The Red Devils, Fernandez sudah menjaringkan 79 gol dan menyumbang 67 bantuan jaringan dalam 234 penampilan.
BACA LAGI: Bek kanan England jadi 'mangsa' Man United selepas kehadiran Mazraoui
BACA LAGI: Makin lama atas padang, Gergasi Merah perlahan-lahan tunggu Faisal Halim jadi hero sebenar
Fernandes (kanan) yang menyertai kelab itu pada Januari 2020 dilanjutkan kontrak sehingga musim 2027. — Instagram/brunofernandes8
Di bawah kendalian Erik ten Hag, pemain antarabangsa Portugal itu sudah memenangi tiga anugerah Pemain Terbaik Tahunan Sir Matt Busby, mencipta lebih banyak peluang berbanding mana-mana pemain lain di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai United.
"Semua tahu betapa bersemangatnya saya terhadap Manchester United. Saya memahami tanggungjawab dan kepentingan menyarung jersi ini, serta tahap dedikasi dan keinginan yang diperlukan untuk mewakili kelab hebat ini.
"Saya melalui banyak detik istimewa bersama Man United, menjaringkan hatrik menentang Leeds, mengetuai pasukan di Old Trafford dekat pentas Eropah dan menjulang trofi (Piala FA) di Wembley.
"Tetapi saya tidak akan menandatangani kontrak ini jika saya tidak percaya bahawa detik terbaik saya bersama United akan berlaku lagi pada masa akan datang.
"Daripada perbincangan saya dengan pihak pengurusan, jelas betapa berazamnya semua pihak untuk berjuang meraih trofi utama pada masa depan.
"Saya dapat melihat betapa positifnya masa depan dan saya sangat teruja untuk memimpin pasukan ini ke hadapan," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram