Makin lama atas padang, Gergasi Merah perlahan-lahan tunggu Faisal Halim jadi hero sebenar


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Skuad Gergasi Merah dilihat bersedia untuk bertemu Harimau Selatan aksi final Piala FA selepas menewaskan Sabah FC di Stadium Likas pada Selasa. — Facebook/Selangorfc

SELANGOR FC buat julung kalinya meraih kemenangan di gelanggang lawan dengan menjadikan Sabah FC sebagai 'mangsa' mereka.

Aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah itu menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil tunjuk taring selepas menewaskan pasukan tuan rumah 2-1.

Penyerang import Selangor FC, Ronnie Fernandez dan Harith Haiqal menjadi watak penting buat Gergasi Merah meraih kemenangan dengan masing-masing mencetak satu gol di Likas.

BACA LAGI: Azizulhasni kena fikir masak-masak sebelum bersara, Dhabitah boleh lupakan Los Angeles 2028

BACA LAGI: [VIDEO] Makin pudar sayang, import Korea disebut fans punca The Rhinos tersungkur di laman sendiri

WhatsApp Image 2024-08-15 at 11.06.36 (1)

Harith Haiqal muncul wira bantu Selangor cetak gol kemenangan aksi bertemu Sabah. — Facebook/Selangorfc

Kemenangan berharga dalam saingan Liga Super itu sekali gus mengukuhkan keyakinan Gergasi Merah menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 24 Ogos nanti.

Dalam dua perlawanan di tempat lawan sebelum ini, Selangor tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur City FC dan diikat 1-1 oleh Sri Pahang FC.

Jurulatihnya, Nidzam meluahkan kegembiraannya dan lega apabila anak-anak buahnya berjaya meraih tiga mata penuh di laman lawan.

"Tiga mata penuh sebelum perlawanan akhir Piala FA adalah motivasi yang baik untuk kami.

"Ia adalah kemenangan pertama kami di tempat lawan dalam tiga perlawanan 'away' dan Sabah berjaya memberi cabaran kepada anak-anak buah saya.

"Malah, kami terpaksa berhadapan dengan padang yang basah namun saya gembira kami berjaya berjuang sampai akhir untuk meraih kemenangan.

"Bukan itu sahaja, pemain gantian kami Aliff Haiqal Lau, Quentin Cheng dan Faisal Halim memainkan peranan besar dalam kemenangan kami," katanya.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 11.06.36

Pemain tengah Sabah FC, Telmo Castanheira (kanan) cuba menghalang Nooa Laine membuat serangan. — Facebook/Selangorfc

Sementara itu, Nidzam menganggap perkembangan positif yang ditunjukkan Faisal sebagai perkara yang baik buat skuad Gergasi Merah dan Harimau Malaya.

Ia merupakan penampilan pertama penyerang Selangor itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas lebih tiga bulan terbabit dalam insiden malang menjadi mangsa simbah asid pada awal Mei lalu.

Sebagai rekod, Faisal diturunkan buat kali pertama dalam membantu Selangor menewaskan Kelantan Darul Naim 2-0 dalam aksi Liga Super pada Sabtu lepas.

Menurut Nidzam, pihak mereka mengambil langkah demi langkah untuk memastikan Faisal kembali beraksi di atas padang seperti biasa.

Faisal turut dijangka membuat penampilan bersama skuad Pilihan Selangor dalam aksi Piala Sultan Selangor 2024 yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

“Perlawanan terakhir, dia mendapat 11 minit, bertemu Sabah 15 minit. Mungkin dalam perlawanan Piala Sultan Selangor, dia akan dapat 30 minit.

“Kami perlahan-lahan membantunya untuk kembali cergas sepenuhnya," jelasnya. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram