[VIDEO] Masih relevan, Safee Sali diserbu fans cilik Sabah lepas jaringkan gol ikonik


  • Podium
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Penyokong cilik mengerumuni Safee Sali selepas meledak gol akrobatik di Sabah baru-baru ini.

KEUNGGULAN dan kebolehan bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali sememangnya tidak boleh disangkal selepas sentuhan dimilkinya pernah disaksikan bertahun-tahun lalu.

Dia yang pernah beraksi untuk beberapa kelab tempatan serta di Indonesia bersama Pelita Jaya pernah digeruni dengan kelincahan serta rembatan kencang merupakan aset utamanya.

Bekas penyerang legenda tanah air itu pernah mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila gol akrobatik yang pernah dilakukannya dilabel sebagai jaringan terbaik sepanjang temasya Piala AFC pada 2015.

BACA LAGI: Silap 2 kali Sang Badak hadiahkan Selangor kemenangan pertama di tempat lawan

BACA LAGI: [VIDEO] Hidup mati saya untuk sukan ini, perlu masa sebelum fikir bersara — Azizulhasni

Hasrat penyokong tempatan untuk menyaksikan sekali lagi gol tersebut terlunas selepas baru-baru ini, bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut mencipta teknik yang sama dalam satu Majlis Pelancaran Kelab Bola Sepak MIHA FC dan Kupi-Kupi Bersama Safee Sali yang diadakan di Kinabatangan, Sabah Sabtu lalu.

Safee yang yang merupakan tetamu jemputan itu meninggalkan momen indah ketika dalam satu perlawanan persahabatan sempena penubuhan kelab bola sepak MIHA FC itu.

Dalam aksi tersebut, Safee yang mewakili Unit Khidmat Masyarakat Miha (UKMM) menjaringkan gol akrobatik ketika berdepan kelab MIHA FC yang diadakan di Padang Sekolah Kota Kinabatangan, Sabah.

Menariknya aksi tersebut, selepas sahaja bekas tonggak Harimau Malaya itu mencetak gol akrobatik, kelihatan beberapa penyokong cilik mengerumuni Safee.

Lebih manis lagi, penyokong-penyokong cilik tersebut tidak melepaskan peluang untuk memeluk legenda tanah air itu.

Penubuhan kelab bola sepak MIHA FC itu adalah untuk mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baharu agar mampu bersaing dengan kelab-kelab sedia ada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram