'Masa yang sesuai', Endrick dedah sebab tak kisah kena 'loan' ke Vietnam


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Endrick sah meninggalkan JDT untuk mengembangkan sayapnya ke Vietnam. — Instagram/endricksantos14

PENYERANG naturalisasi, Endrick Dos Santos menjadi pemain Malaysia yang pertama menyertai Liga Vietnam sekali gus memecahkan rekod pemain Harimau Malaya.

Pemain berusia 29 tahun itu kini membawa haluan ke Liga Vietnam dengan menyertai Ho Chi Minh City FC secara pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurut pemain tengah Harimau Malaya itu, dia dimaklumkan oleh ejennya, Valdir Sousa mengenai peluang beraksi di luar negara.

BACA LAGI: Pasang cita-cita pulang ke Penang, ramai pangkah kepulangan striker 'ceroi'

BACA LAGI: [VIDEO] Endrick dos Santos sah ke Vietnam; Sumareh-Nazmi Faiz antara bintang JDT patut 'request loan'

Dos Santos

Endrick dos Santos sertai kelab Vietnam, Ho Chi Minh City FC secara pinjaman. Instagram/endricksantos14

Endrick yang berminat untuk beraksi di luar negara itu enggan menolak tawaran tersebut.

"Valdir menelefon saya dan memberitahu saya tentang peluang bermain di Liga Vietnam.

"Saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk saya melakukan perubahan dan berdepan dengan cabaran baharu.

"Jadi saya bersetuju dan ia adalah peluang yang baik untuk saya," kata Endrick yang pernah beraksi untuk Felcra, Selangor FC dan Penang FC.

Menurut tonggak Harimau Selatan itu, kelab berkenaan menerimanya dengan mesra dan dia tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan tersebut.

Perpindahan Dos Santos disahkan oleh kelab itu pada petang Rabu selepas dia lulus ujian perubatannya bersama mereka.

"Ho Chi Minh City dengan sukacitanya mengumumkan kehadiran Endrick Dos Santos ke kelab tersebut secara pinjaman daripada JDT.

"Pemain tengah itu akan menjadi individu penting dalam skuad kami bagi musim 2024/2025, dengan memakai jersi The Red Battleship," kata kelab itu dalam satu kenyataan rasmi.

Endrick merupakan salah seorang playmaker utama untuk Harimau Malaya yang memperoleh 13 caps. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram