MEDIA Vietnam, TheThao247 menganggap kehadiran pemain naturalisasi kebangsaan, Endrick dos Santos ke negara itu adalah sesuatu yang istimewa.
Pada Ahad (11 Ogos), Endrick sah menyertai kelab Vietnam, Ho Chi Minh City FC secara pinjaman selama setahun dari kelab handalan Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kehadiran Endrick dianggap istimewa selepas sekian lama Liga Vietnam tidak dihiasi kehadiran pemain dari Asia Tenggara.
BACA LAGI: 'Ini rumah kita bah', fans Sabah titip pesanan keramat buat Khairul Fahmi & Rawilson Batuil
BACA LAGI: [VIDEO] Dari 77 untuk 7, penyokong sebak tengok Aliff Haiqal lap peluh luka Mickey
Perpindahan Endrick ke Ho Chi Minh City adalah satu tawaran yang istimewa kerana dia akan menjadi satu-satunya pemain Asia Tenggara di luar Vietnam yang bermain dalam Liga Vietnam 2024/2025.
Menerusi laporan TheThao247 sudah lama tidak ada pemain Asia Tenggara beraksi dalam Liga Vietnam.
Bintang berusia 29 tahun itu merupakan import pertama Ho Chi Minh City yang ditandatangani bagi saingan Liga Vietnam musim 2024/2025 dengan beberapa pemain import lain masih menjalani ujian pemilihan bersama panel kejurulatihan.
Endrick sudah mengumpul sembilan penampilan bersama Harimau Malaya dan dia merupakan salah seorang anggota skuad kebangsaan yang turut beraksi di Piala Asia AFC 2023 pada Februari lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram