Opta ramal Man City kekal juara EPL, The Red Devils tersingkir dari 'Big Four'


  • Podium
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Opta meramalkan Man City, Arsenal, Liverpool dan Chelsea akan berada di kelompok empat teratas.

MANCHESTER CITY diramalkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali kelima berturut-turut oleh komputer super, Opta.

Kempen baharu hanya akan bermula Jumaat ini dengan Manchester United turun menentang Fulham di Old Trafford, tetapi Opta sudah merumuskan semua keputusan menerusi simulasi kecederdasan buatan berdasarkan statistik.

Tidak mengejutkan untuk Man City kendalian Pep Guardiola muncul juara sekali lagi, dengan peratusan daripada 10,000 simulasi dilakukan Opta berpihak kepada juara bertahan itu.

BACA LAGI: 'Ini rumah kita bah', fans Sabah titip pesanan keramat buat Khairul Fahmi & Rawilson Batuil

BACA LAGI: Pemilik Manchester United ada sebab tak pecat Ten Hag

City mempunyai 82.2 peratus untuk menang, 13.8 peratus di tempat kedua dan 3.5 peratus di tempat ketiga. Bermakna hanya 0.4 peratus untuk mereka menghuni tangga keempat.

Ramalan ini sekali lagi memberi tamparan hebat buat Arsenal, yang menjadi pesaing utama City sepanjang dua musim lalu.

Menurut Opta, Arsenal akan menduduki tempat kedua dengan kebarangkalian 48.8 peratus berbanding hanya 12.2 peratus untuk muncul juara.

Liverpool yang belum menandatangani pemain pada jendela perpindahan kali ini, diletakkan pada 40.2 peratus untuk berada di tangga ketiga dan 5.1 peratus untuk menang.

Tempat terakhir untuk kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menjadi milik Chelsea dengan 19.5 peratus, diikuti Newcastle pada 17.5 peratus, Manchester United (12.9 peratus) dan Tottenham (11.8 peratus).

Dia tangga tercorot, tiga pasukan yang baru naik ke Liga Perdana Inggeris diramalkan akan segera kembali ke Liga Kejuaraan.

Southampton diletakkan di tangga tercorot, dengan Ipswich di kedudukan lebih baik dan Leicester City betul-betul di bawah garis penyingkiran.

Ramalan Liga Perdana Inggeris 2024-05 oleh Opta:

1. Manchester City

2. Arsenal

3. Liverpool

4. Chelsea

5. Newcastle

6. Manchester United

7. Tottenham

8. Aston Villa

9. Crystal Palace

10. West Ham

11. Brighton

12. Fulham

13. Everton

14. Brentford

15. Bournemouth

16. Wolves

17. Nottingham Forest

18. Leicester City

19. Ipswich

20. Southampton — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram