'Ini rumah kita bah', fans Sabah titip pesanan keramat buat Khairul Fahmi & Rawilson Batuil


  • Podium
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Sabah akan melayani kunjungan Selangor di Stadium Likas pada Selasa.

KEHADIRAN Selangor FC di Stadium Likas, Sabah pastinya dengan misi penting untuk membawa pulang tiga mata berharga bagi mendekatkan jarak dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dibezakan dengan enam mata.

Sabah FC akan melayani kunjungan Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas pada Jumaat.

Musim lalu, Selangor gagal membawa pulang tiga mata di Stadium Likas apabila tewas di tangan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee menerusi jaringan Saddil Ramdani dan Baddrol Bakhtiar.

BACA LAGI: [VIDEO] Dari 77 untuk 7, penyokong sebak tengok Aliff Haiqal lap peluh luka Mickey

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat berjodoh di La Liga 2, duo JDT ada sejarah tersendiri

Dalam empat perlawanan terakhir, Sabah merekodkan tiga kemenangan dan tercicir tiga mata ketika mengunjung ke Johor.

Melihat rekod tersebut, penyokong yakin bahawa Sabah boleh memberikan tentangan hebat buat Selangor yang juga merupakan finalis Piala FA 2024.

Penyokong juga berharap pertahanan kental Sang Badak, Rawilson Batuil dapat turun beraksi untuk mengekang asakan barisan serangan Gergasi Merah.

"Rawilson Batuil dah boleh main ke? Bukan gantung dua perlawanan?" soal Besikol Togoron.

"Rawilson dah boleh main ke?" soal Fenz Renzo.

"Harap Rawislon boleh turun dalam perlawanan ini sebab perlu pemain kental halang serangan Selangor," ujar Dimi Chang.

Penyokong turut berpesan kepada Khairul Fahmi agar tidak melakukan kesilapan mudah seperti perlawanan musim lalu yang mana jaringan sendiri penjaga gol itu memberikan gol sagu hati buat Selangor.

"Tolong banyakkan latihan untuk Si Apek (Khairul Fahmi) dengan keadaan bola mati, dah beberapa kali silap jangka," kata Jimmy EZ.

"Ini rumah kita, kandang kita, jangan lepaskan tiga mata berharga, main sepenuh hati malam ini (13 Ogos)," jelas Eindz Selamanya.

"Berjuang sehabis baik, jangan buat kesilapan mudah," pesan Sue Kmy.

Untuk rekod, Sabah kehilangan empat tonggak utama bagi pertemuan menentang Selangor dan perkara ini sudah disahkan oleh Datuk Ong Kin Swee.

Jelas Kim Swee, aksi pada Selasa bakal berlangsung dengan Sabah terpaksa mengetepikan Gabriel Peres, Park Taesu, Migurl Cifuentes, serta bintang Harimau Malaya iaitu Stuart Wilkin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram