TIDAK mudah untuk seorang pemain dilantik menjadi kapten pasukan apatah lagi skuad itu mempunyai sejarah yang gemilang.
Melantik kapten bukanlah tugas mudah untuk semua jurulatih kerana peranan itu memerlukan bebanan yang besar apatah lagi anda seorang pemain muda.
Dalam Liga Malaysia (Liga M) sudah ada beberapa jurulatih berani melantik pemain muda yang menjadi kapten pasukan meskipun ada bintang senior lain.
BACA LAGI: 'Saya masih tertanya-tanya kenapa Brendan tinggalkan Selangor?'
BACA LAGI: Selain Danish Hakim, 3 lagi tragedi penyokong meninggal di stadium ketika aksi Liga Malaysia
Majoriti senaraikan tiga pemain muda yang sudah menjadi kapten buat skuad senior sekali gus melakar sejarah baharu pasukan:
1. Arif Aiman Mohd Hanapi
Diberi tanggungjawab selaku kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) pada usia muda memberi motivasi buat bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi untuk menjadi pemain lebih baik pada masa akan datang.
Walaupun usia baharu mencecah 22 tahun, karakter dan impak yang mampu diberikan buat pasukan dilihat menjadi elemen penting kepada keputusan Bidoglio memberikan lilitan kapten kepada Arif.
Kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tugas selaku kapten oleh pengendali pasukan, Hector Bidoglio pada aksi separuh akhir pertama Piala FA antara JDT dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) baru-baru ini tidak dianggap satu beban sebaliknya pemangkin semangat.
"Bagi saya peluang yang terbaik untuk saya dan ia satu penghargaan bagi saya untuk jadi kapten JDT."
Mukhairi sebenarnya ialah pembantu kapten sebelum dinaikkan pangkat memakai lilitan kapten Selangor.
2.Mukhairi Ajmal Mahadi
Mukhairi Ajmal pernah mengakui menjadi kapten untuk sebuah pasukan yang besar seperti Selangor FC bukanlah satu tugas yang mudah.
Setiap kali dipilih untuk memakai lilitan kapten oleh jurulatih, Mukhairi rasa beban tanggungjawab itu dan cuba menggalasnya dengan baik.
Untuk rekod musim lalu, Mukhairi sebenarnya ialah pembantu kapten sebelum dinaikkan pangkat memakai lilitan itu jika ketiadaan Brendan Gan di atas padang.
Mukhairi yang berusia 22 tahun juga merupakan kapten Harimau Muda.
Davies dilantik menjadi kapten ketika berusia 21 tahun bersama Sri Pahang.
3.Matthew Davies
Bekas bintang Sri Pahang, Matthew Davies antara pemain termuda yang pernah menyarung lilitan kapten dalam Liga Malaysia.
Davies ketika bersama Sri Pahang menjadi kapten semasa usianya baru mencecah 21 tahun.
Pengendali ketika itu, Shaharuddin Rosdi berani melantik Davies yang baru semusim bersama Pahang untuk mengetuai pemain-pemain Tok Gajah di atas padang.
Pemilihan Shaharuddin itu tepat selepas Davies pernah membantu Pahang menjuarai Piala FA pada 2018. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram