[VIDEO] Tak sempat berjodoh di La Liga 2, duo JDT ada sejarah tersendiri


  • Podium
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Iker (kiri) dan Enzo (kanan) menjadi rekrut terbaharu JDT menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) memulakan langkah awal apabila sudahpun mengumumkan kemasukan lima pemain import baharu bagi mengharungi kejohanan Asia dan pusingan kedua Liga Super.

Antara pemain yang dibawa masuk Harimau Selatan ialah Enzo Lombardo, Christian Abad, Park Jun-heong, Eddy Israfilov dan terbaharu Iker Undabarrena.

Dalam lima pemain import dibawa masuk JDT, dua daripada mereka mempunyai sejarah tersendiri dan pernah bertembung sesama sendiri sebelum bersama di kem Harimau Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Taktikal tak sehebat Solari, pemain baharu JDT mungkin talian hayat Bidoglio

BACA LAGI: [VIDEO] Dah sarung jersi TFC, 2 ejen Terengganu cuba pancing prospek hangat Liga Super

Majoriti senaraikan dua pertembungan menarik Enzo dan Iker dalam aksi La Liga 2 sepanjang mereka beraksi di Sepanyol:

1. [VIDEO] SD Huesca lawan CD Leganes (4 Julai 2024)

Dalam perlawanan ini, Enzo bermula daripada bangku simpanan dan tidak beraksi untuk membantu SD Huesca sekurang-kurangnya mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Manakala Iker diturunkan dalam kesebelasan utama pengendali CD Leganes, Borja Jimenez sebelum dilayangkan kad kuning pada minit ke-55 permainan.

Enzo yang keempunan untuk beraksi hanya melihat Iker bermain di atas padang sebelum dikeluarkan oleh pengurus pada minit ke-80 perlawanan.

Keputusan perlawanan berakhir dengan tiada sebarang jaringan buat kedua-dua pasukan.

2. [VIDEO] Racing Santander lawan CD Tenerife (21 Jun 2020)

Jika di atas tadi Lombardo hanya memerhatikan aksi Iker dalam padang.

Kini giliran Enzo pula beraksi selama 90 minit ketika mewakili Racing Santander pada musim 2019/2020 sebelum pasukannya tewas di halaman sendiri.

Walaupun Iker bermula di tepi padang, pemain berusia 29 tahun itu dapat membuktikan dirinya bersama CD Tenerife sekali gus membantu pasukannya membawa balik tiga mata.

Dalam perlawanan itu, Iker hanya sempat lima minit sebelum pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dengan keputusan berpihak kepada CD Tenerife 2-1 Racing Santander.

Kehadiran dua bekas bintang LaLiga 2 itu pastinya menghadirkan sesuatu kelainan kepada corak permainan Harimau Selatan menjelang perlawanan pusingan kedua Liga Super nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram