[VIDEO] Dari 77 untuk 7, penyokong sebak tengok Aliff Haiqal lap peluh luka Mickey


  • Podium
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Tangkap layar video Faisal sedang melakukan latihan untuk kembali cergas beraksi di atas padang.

PEMINAT sukan tanah air pastinya terharu dan gembira akan kehadiran semula bintang utama Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim di atas padang ketika membantu Selangor FC menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dengan keputusan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu lalu.

Faisal yang masuk pada minit ke-87 permainan menggantikan penyerang sensasi Selangor, Ronnie Fernandez hampir mencipta jaringan selepas tandukkannya terkena palang tiang gol pihak lawan.

Walaupun sekian lama tidak beraksi secara kompetitif di atas padang, gerak lincah Faisal atau lebih mesra dikenali Mickey sama seperti sebelum ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat berjodoh di La Liga 2, duo JDT ada sejarah tersendiri

BACA LAGI: [VIDEO] Dah sarung jersi TFC, 2 ejen Terengganu cuba pancing prospek hangat Liga Super

Lebih terharu lagi, dalam perlawanan itu Faisal memakai lilitan kapten untuk mengetuai Selangor menamatkan aksi tersebut dengan pulangan tiga mata.

Ia mengambil 97 hari buat Faisal kembali beraksi aktif di atas padang selepas menjalani pelbagai kaedah rawatan dengan disokong oleh pasukan perubatan Selangor.

Menerusi perkongsian video pendek salah seorang individu yang bertanggungjawab mengembalikan prestasi Faisal, Jahangir Khan di platfom media sosial miliknya memperlihatkan usaha kuat Mickey untuk bangkit daripada kecederaan serius bagi kembali bermain bola sepak.

Namun bukan itu yang menjadi bualan, tetapi tindakan Aliff Haiqal yang membantu Faisal lap peluh di kawasan luka simbahan asid menjadi perhatian ramai.

Di ruangan komen, rata-rata sebak melihat tindakan pemain muda itu yang sentiansa menyokong rakan sepasukan lain.

"Terharu tengok Aliff Haiqal masa sedang lap-lap Faisal Halim, terima kasih atas sokongan yang diberi keluarga merah kuning," luah Sekampadi Malaya.

"Bagaikan burung phoenix bangkit dari abu, bangkit membina keindahan baru," jelas Adibrosli.

"Bagus Nonet (Aliff Haiqal)," kata Faizall.17.

Sebelum ini, Aliff Haiqal pernah mendedikasikan jaringannya buat Faisal semasa membantu Selangor menewaskan Kedah dengan keputusan 1-0 di Stadium MPBJ pada 18 Mei lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram