ATLET sukan ‘breakdance’ Olimpik pertama Australia, Rachael Gunn atau lebih dikenali sebagai Raygun berkongsi kepada SBS News tentang perjalanannya ke Paris, Perancis sambil mengimbangi pengajiannya semasa bertanding di kejohanan itu.
Rachael menggunakan nama pentas Raygun mewakili negaranya dalam 'breakdance' yang mana sukan itu diperkenalkan secara rasmi di kejohanan Olimpik Paris.
Dengan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam tarian 'breakdance' dan tarian budaya, Rachael yang juga seorang pakar dan pensyarah dalam bidang yang diceburinya itu mengakui berbangga untuk menunjukkan sesuatu yang berbeza di Olimpik.
BACA LAGI: [VIDEO] Taktikal tak sehebat Solari, pemain baharu JDT mungkin talian hayat Bidoglio
BACA LAGI: Tak nafi jadi anak tiri, bekas kapten mahu semua positif elak ragbi 'terkubur'
Atlet berusia 36 tahun itu berkata, dia menyedari sukar untuk dirinya bersaing secara aktif dengan helah, putaran serta kekuatan pesaing lebih muda.
Disebabkan itu, Rachael mahu menonjolkan sesuatu yang lebih kreatif meskipun tewas dalam ketiga-tiga perlawanan di peringkat kumpulan acara itu.
"Apa yang saya mahu lakukan ialah datang ke sini (Olimpik) dan melakukan sesuatu yang baharu dan berbeza secara kreatif.
"Itulah kekuatan saya, kreativiti saya.
"Saya tidak boleh menewaskan pesaing muda kerana mereka sudah lakukan yang terbaik dari segi dinamik, kekuatan untuk bergerak.
"Jadi saya mahu bergerak secara berbeza, menjadi artistik dan kreatif kerana ini hanyalah peluang sekali seumur hidup di peringkat antarabangsa.
"Saya sentiasa menjadi 'underdog' dan mahu mengutip marakah saya dengan cara yang berbeza," katanya kepada Australian Associated Press.
Bercakap kepada SBS News sebelum pertandingan itu bermula, perjalanannya ke Paris sebagai seorang penari profesional agak memenatkan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram