TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul satu isu dalam media sosial apabila seorang peminat sukan tanah air mempersoalkan anjuran liga ragbi bagi negeri-negeri seolah-olah tidak mendapat sambutan oleh persatuan ragbi negeri masing-masing.
Satu hantaran yang dimuat naik oleh Syazwan Azahar dalam media sosial itu membuat perbandingan status liga ragbi anjuran persatuan ragbi negeri di semenanjung Malaysia pada 2023 dan 2024.
Menerusi hantaran tersebut, beberapa negeri tidak menganjurkan kejohanan liga tahun ini sekali gus berlaku penurunan mendadak berlaku pada 2024.
BACA LAGI: [VIDEO] DNA samba paling menjadi sepanjang musim Liga Super setakat ini
BACA LAGI: Bintang Olimpik hoki Australia ditahan beli kokain di Paris
Mengulas lebih lanjut perkara itu, bekas kapten pasukan ragbi negara, Syahir Asraf Rosli berpendapat kekangan bajet mungkin menjadi salah satu faktor utama banyak liga tidak dapat dianjurkan.
"Mungkin saya tidak boleh mengulas lebih meluas tentang isu bajet, tetapi mengikut pengalaman saya setiap penganjur perlu menyediakan venue, jadual dan wajar ada bahagian yang menguruskan pasukan penyertaan.
"Kita juga perlu mengambil kira berapa banyak main di 'home' dan 'away' jadi setiap persatuan negeri ada dia punya bajet sendiri.
"Tetapi saya berharap setiap negeri ada jadual atau 'manual' kalendar atau takwim kejohanan supaya mereka boleh buat persediaan menyeleuruh daripada segi kewangan, penganjuran dan pembangunan," katanya kepada Majoriti.
Sekadar pemerhatian bebas yang di olah menjadi infografik, sebab kalau tulis panjang-panjang nanti orang suruh lukis. Jadi saya lukis siap-siap.
Ini adalah perbandingan status liga ragbi negeri anjuran persatuan ragbi negeri di semenanjung Malaysia pada tahun 2023 dan 2024. pic.twitter.com/hKTX5asyhv
— Syazwan Azahar (@syazwan_azahar) July 30, 2024
Tambahnya lagi yang sudah berkecimpung lama dalam ragbi tidak menepis dakwaan bahawa sukan itu seperti dianak tirikan daripada segi pembahagian bajet berbanding sukan lain.
"Ya, mungkin bajet itu diberi lebih berbanding ragbi, kalau kita nak kategorikan mungkin ragbi ada di level-level bawah.
"Ia boleh dilihat daripada segi bantuan dan yang kita dapat macam mana," jelasnya.
Syahir atau lebih dikenali sebagai 'Saho' berharap peminat sukan tanah air memandang ragbi sebagai satu sukan yang positif dengan mengajak komuniti sukan itu mengubah corak permainan agar ramai tertarik untuk turun menyokong.
"Kalau nak cakap dari segi bakat dan prestasi, kita dah ada tapi mungkin pengalaman dan corak permainan itu kita nak terapkan secara holistik sepenuhnya.
"Harapan saya kalau boleh kita kena bersikap positif dari semua sudut tidak kira dari golongan pemain, penyokong dan pengurusan semua perlu bersikap positif.
"Daripada segi pembangunan saya rasa mungkin mereka boleh selarikan semua pembangunan dan corak permainan.
"Jika semua ini berlaku saya rasa semua kena setuju dan faham benda itu tak datang dengan waktu singkat dan memerlukan masa," tegasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram