DATUK Azizulhasni Awang dikeluarkan daripada perlumbaan heat 1 selepas melakukan kesalahan teknikal apabila beliau melepasi pacer lebih awal.
Azizulhasni berada di heat 1 bersama dua finalis edisi lalu, Matthew Glaetzer dan Jair Tjon En Fa selain Ota Kaiya, Rayan Helal serta Jeffrey Hoogland.
Malangnya, kempennya untuk mendapatkan pingat emas berakhir apabila disingkirkan kerana melakukan kesilapan semasa saringan pertama. Ini bermakna Azizulhasni tidak dapat menyertai saingan repechage pusingan pertama.
BACA LAGI: Lepas 97 hari 'welcome back Faisal Halim', Ronnie bangkit sumbat 2 gol buat Selangor FC
BACA LAGI: [VIDEO] DNA samba paling menjadi sepanjang musim Liga Super setakat ini
Perkara ini turut disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Ini akan disusuli dengan pengumuman rasmi tentang keputusan berkenaan.
Selepas hilang kelayakan ini sekali gus memadam impian Azizulhasni untuk membawa pulang emas dalam acara keirin dengan harapan kini terarah kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Namun begitu, Shah Firdaus terpaksa melepasi dua pusingan repechage selepas tidak berjaya meletakkan diri dalam kelompok terbaik.
Di pusingan repechage kedua, Shah Firdaus akhirnya dapat menewaskan pelumba lain untuk mara ke peringkat suku akhir apabila berjaya mendapatkan tempat pertama dalam perlumbaan sengit itu.
Pelumba yang mara akan ke peringkat suku akhir pada pukul 5.29 petang Ahad dan perlumbaan separuh akhir akan berlangsung sejam kemudian.
Enam peserta yang berjaya layak ke perlumbaan akhir akan berentap pada jam 7.23 malam hari yang sama bagi menentukan kedudukan akhir dan penentuan pingat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram