Usikan 2 rakan beri hint Selangor sanggup labur wang demi tebus kontrak penyerang Jordan


  • Podium
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Al-Naimat (berjersi nombor 11) dan Ali Olwan merupakan rakan sepasukan untuk skuad kebangsaan Jordan. — Facebook/Al-Naimat

MISI mencari tonggak baharu Selangor FC nampaknya tidak terhenti dengan kehadiran pemain import dari Jordan, Ali Iyad Ali Olwan, yang memainkan peranan untuk memperkuatkan jentera serangan Gergasi Merah.

Ali Olwan tiba dengan sejarah tersendiri apabila dia merupakan pemain yang melukakan peminat bola sepak tanah air dengan melakarkan jaringan hatrik ketika menewaskan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Oktober 2021 di Amman, Jordan.

Pemain berusia 24 tahun tersebut dibawa masuk secara percuma dari pasukan di Qatar, Al-Shamal SC dengan Ali Olwan difahamkan akan memakai jersi bernombor 90 bersama Gergasi Merah pada musim ini.

BACA LAGI: 'Yazan ganti Yazan,' lupakan baka Eropah-Amerika Latin, import Asia lebih sesuai jadi buruan Selangor FC

BACA LAGI: 'JDT sangat teruk tahun ini', fans Jepun tegur 'gameplay' Harimau Selatan, anggap Bergson terlalu selesa

Selepas Ali Olwan, pasukan Lembah Klang berkenaan meneruskan pencarian pemain dengan DNA Jordan apabila dikhabarkan sedang memantau penyerang kebangsaan skuad The Chivalrous Ones, Yazan Al-Naimat.

Al-Naimat antara watak 'pembunuh' impian Harimau Malaya di pusingan awal Piala Asia 2023 apabila dia menyumbang tiga bantuan gol, yang menyaksikan Jordan menewaskan Malaysia dengan keputusan 4-0.

Desas-desus kehadiran pemain berusia 25 tahun itu ke kem Selangor FC bertambah hangat dalam kalangan penyokong apabila dua rakan sepasukannya di Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeh dan Ali Olwan memberi petunjuk di Insta Story.

WhatsApp Image 2024-08-12 at 11.18.15

Tangkap layar hantaran dari Rawabdeh.

Kedua-dua pemain Gergasi Merah itu memuat naik gambar Al-Naimat dengan kapsyen 'pemain kegemaran' dan 'yang terbaik' dengan ia dianggap sebagai usikan dari Rawabdeh dan Ali Olwan sebelum pemain berkenaan berhijrah ke Selangor FC.

Bercakap mengenai ketajaman penyerang yang juga mampu beraksi sebagai pemain sayap itu, Al-Naimat merekodkan tujuh jaringan dan tujuh bantuan jaringan dalam 20 perlawanan bersama Al-Ahli SC.

Bagaimanapun, demi mendapatkan penyerang berkualiti seperti Al-Naimat, Selangor perlu mengorbankan wang yang banyak susulan pemain berketinggian 1.80 meter itu masih mempunyai kontrak sehingga Jun 2025.

WhatsApp Image 2024-08-12 at 11.18.15 (1)

Tangkap layar hantaran dari Ali Olwan.

Sekiranya Selangor sedang mempertimbangkan Al-Naimat, pemain itu akan mengulang sejarah satu lagi pemain Jordan musim ini iaitu Reziq Bani Hani apabila dia juga dibeli secara secara tebus kontrak kepada pasukan lamanya.

Terdahulu, memetik laporan media tempatan Jordan, Selangor dikatakan membayar sejumlah wang kepada Al-Faisaly untuk menebus kontrak Reziq Bani yang difahamkan sebagai syarat untuk membeli pemain berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram