Liga Super 'sack race', 2 pengendali kelab Pantai Timur dalam potensi direhatkan


  • Podium
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Tomislav Steinbruckner (tengah) berada dalam tekanan selepas terlepas slot Piala FA. — Facebook/Terengganu FC

SAINGAN Liga Super sudah mula menghampiri pertengahan liga dengan terdapat beberapa kelab mula menampakkan prestasi baik serta mengecewakan.

Pada fasa ini, sudah mula kedengaran seruan untuk beberapa pengendali untuk disingkirkan atau dalam konteks bola sepak kita, direhatkan.

Berada di kelompok atasan tidak menjaminkan tempat mereka selamat dan dalam Liga Super sack race ini, beberapa nama menarik menjadi perhatian.

BACA LAGI: Beri 3 lagi peluang atau kembalikan Tomislav ke posisi asal — Legend Peteh

BACA LAGI: Tinggal 1 'nyawa', Sri Pahang bakal tamatkan karier Azzmi Aziz di NSFC?

Park Jae-hong (Kelantan Darul Naim FC)

Satu nama yang menjadi sebutan sebagai calon utama untuk direhatkan adalah pengendali dari Korea Selatan iaitu Park Jae-hong.

Jurulatih Sang Kijang Emas itu berdepan masalah untuk menaikkan kedudukan Kelantan dalam saingan Liga Super dengan mereka kini menghuni tangga tercorot.

441529807_895199005953088_7813371030559645357_n

Park Jae-hong (kanan) merupakan calon kuat untuk direhatkan. — Kelantan Darul Naim FC

Mencatatkan tujuh kekalahan dalam lapan aksi, kekalahan 0-2 kepada Selangor FC meningkatkan lagi tekanan terhadap Jae-hong dengan kedudukannya mula terancam.

Jika tiada kemenangan diraih, mungkin Jae-hong tidak lagi bergelar pengendali Kelantan sebelum Liga Super tamat pusingan pertama.

Azzmi Aziz (Negeri Sembilan FC)

Satu nama yang hampir juga direhatkan oleh kelabnya adalah Azzmi Aziz selepas berdepan deretan keputusan tidak baik bersama Negeri Sembilan.

Malah, perkara itu menjadi perhatian ramai terutamanya ketika perlawanan bertemu Sri Pahang FC yang dianggap sebagai penentu nasibnya di Paroi pada 13 Julai lalu.

452476441_931286529012064_2834942352994534977_n

Walaupun dalam kedudukan bahaya, tapi Azzmi Aziz masih terselamat di Negeri Sembilan. — NSFC

Namun begitu, Azzmi Aziz berjaya memastikan kemenangan berjaya diraih menerusi kemenangan mengejut 2-0 di tempat lawan. Untuk rekod, itu adalah tiga mata pertama skuad Jang musim ini.

Akan tetapi, kekalahan kepada Sabah FC dan Terengganu FC selepas itu meletakkan Azzmi pada kedudukan bahaya semula.

Tomislav Steinbruckner (Terengganu FC)

Walaupun berada di dalam kedudukan tiga terbaik Liga Super ketika ini, namun masih ada desakan daripada penyokong Terengganu yang mahukan Tomislav Steinbruckner disingkirkan.

Desakan itu timbul apabila pengendali dari Croatia itu gagal mengeluarkan auranya untuk membawa Terengganu ke perlawanan Piala FA selepas kalah kepada Selangor. Lebih perit, mereka tumpas selepas mendahului pada aksi pertama.

454910370_489126763828763_2253716649472960363_n

Desakan untuk Tomislav Steinbruckner disingkirkan sudah mula kedengaran. — Terengganu FC

Tekanan itu timbul selepas penyokong berpendapat Terengganu tidak beraksi dengan baik di padang tetapi Steinbruckner sering diselamatkan dengan kecemerlangan individu terutamanya dari Safawi Rasid.

Jika Terengganu gagal menyerlah dalam tugasan Liga Super (dalam memburu slot Asia) dan komitmen kejohanan Asean, mungkin tekanan untuknya direhatkan akan lebih kuat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram