Kaki kiri berbisa, free kick padu faktor JDT enggan lepaskan Superwii


  • Podium
  • Ahad, 11 Ogos 2024

Setakat ini, Safawi sudah meledak lima jaringan termasuk tiga gol semasa Piala FA buat Terengganu. — Facebook/TFC

PENYERANG sayap kebangsaan, Safawi Rasid sudah kembali ke potensi sebenarnya apabila menjadi watak utama dalam beberapa kemenangan Terengganu FC (TFC) setakat lima aksi Liga Super dia diturunkan.

Bisa Safawi semakin menyerlah apabila pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan menyumbang satu gol menerusi sepakan percuma lencong di depan kawasan penalti Kuala Lumpur (KL) City, yang tepat menuju ke penjuru atas kiri gawang Azri Ghani.

Sumbangan gol menerusi sepakan percuma Safawi dan jaringan menerusi penyerang import, Manuel Ott membantu skuad Sang Penyu merekodkan kemenangan 2-0 ke atas The City Boys dalam satu aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Safawi Rasid 'reborn', cipta rekod hatrik gol 'freekick' bantu TFC kutip 3 mata di Kuala Lumpur

BACA LAGI: Lepas 97 hari 'welcome back Faisal Halim', Ronnie bangkit sumbat 2 gol buat Selangor FC

Untuk rekod, pemain berusia 27 tahun itu juga sebelum ini meledak dua gol buat Terengganu menerusi sepakan percuma iaitu ketika aksi berjumpa Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Selangor FC.

Kemunculan kembali Safawi pada musim ini turut mendapat pujian penuh para penyokong Terengganu yang menyifatkan prestasi pemain tersebut kembali pada tahap sebenar untuk digeruni pasukan lawan.

Malah, ada juga penyokong skuad Sang Penyu berpendapat bahawa kelebihan kaki kiri Safawi terutama ketika mengambil sepakan bebas dari luar kotak penalti pasti menjadi faktor JDT sukar untuk menjualnya kepada kelab lain.

"Sebab sepakan percuma inilah, JDT takut nak jual Pawi (Safawi) kepada TFC," kata penyokong skuad Sang Penyu, Perati Je Lah.

"Kelebihan Safawi memang situasi bola mati. Lepas ini kena selalu dapatkan gol di kawasan berkenaan," kata penyokong TFC, Sarmani.

"Wilayah Superwii (Safawi) situ, memang setakat ini 100% kalau dia ambil 'freekick' memang akan gol," jelas penyokong Terengganu, Hafeez Mohammed.

Minit permainan yang diraih Safawi bersama Terengganu itu jelas membantu Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu untuk kembali 'lahir semula' dalam arena bola sepak tanah air.

Dengan momentum Safawi kini, sesuatu pembaziran jika tonggak yang mampu beraksi di posisi tengah itu hanya memanaskan bangku simpanan atau sekadar pemain gantian jika kembali ke kem Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram