Dihimpit teruk pelumba Perancis, Azizulhasni bagi 6 poin punca misi buru emas gagal


  • Podium
  • Ahad, 11 Ogos 2024

Azizul (paling kiri) teruk dihimpit oleh pelumba Perancis sebelum tanpa sengaja melepasi pacer. — Agensi

KEKECEWAAN jelas terpancar buat jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang dibatalkan penyertaannya beraksi dalam acara keirin Sukan Olimpik 2024 pada Ahad akibat kesilapan teknikal.

Penyertaan Azizul ditarik selepas dia didapat melebihi pacer betul-betul ia keluar daripada trek.

Kesilapan teknikal itu tampak mudah dan tidak sepatutnya berlaku, tetapi sebenarnya terdapat dua sebab kenapa ia boleh terjadi.

BACA LAGI: Azizul hilang kelayakan akibat kesalahan teknikal, Shah Firdaus kini harapan emas Malaysia

BACA LAGI: Lepas 97 hari 'welcome back Faisal Halim', Ronnie bangkit sumbat 2 gol buat Selangor FC

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Azizul di media sosialnya, dia menjelaskan yang sebelum insiden itu berlaku terdapat perlanggaran daripada pelumba Perancis, Rayan Helal.

Kata Azizul, dia dihimpit oleh Helal dengan begitu agresif dan hampir saja terjatuh di atas trek.

"Ketika melepasi selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat (pada pusingan ketiga), saya dihalang dengan himpitan dari pelumba Perancis. Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ia adalah intentionally agressive kerana melanggar saya dan saya hampir terjatuh. Saya terselamat daripada jatuh merana kerana reaksi pantas kemahiran mengawal yang saya ada.

"Tidak cukup dengan itu, dia masih mengekori rapat di sebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan di dalam keadaan seperti itu, reaksi saya adalah bergerak ke hadapan untuk mengelak daripada dia," kata Azizul.

Selepas bergerak ke hadapan, Azizul menunggu pacer untuk keluar daripada trek dan dia terkejut kerana ia bergerak terlalu perlahan.

Lazimnya, pacer akan memecut laju untuk keluar daripada trek namun begitu pada perlumbaan Azizul, dia bergerak lebih perlahan daripada kebiasaan.

"Sebagai pelumba keirin elit, kita tahu kelajuan pacer sebelum keluar. Biasanya, di pusingan terakhir, pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dalam kelajuan 50-55 km/j. Akan tetapi, pada perlumbaan saya, pacer bergerak lebih perlahan berbanding kelajuan sebenar dan tidak memecut keluar pada selekoh keempat.

"Saya yang sedang bergolak dengan pelumba Perancis perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut dan cuba back padel sebagai cara untuk brek tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahan kelajuan seperti diinginkan," ujar Azizul.

Kata Azizul lagi, mengikut peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum dia keluar di pursuit line iaitu garisan halus di front strech.

Dia mengakui tayarnya memotong pacer sebelum keluar dan itu disebabkan oleh himpitan berterusan daripada pelumba Perancis dan pergerakan pegawai perlumbaan itu yang lebih perlahan daripada biasa walhal dia perlu memecut laju meninggalkan pelumba-pelumba lain.

Jurulatih, John Beasley dan pengurus pasukan, Izham Mohammad melakukan bantahan terhadap komisioner perlumbaan supaya semakan boleh dibuat menerusi video review namun begitu ia tidak dilayan dan Azizul kekal dibatalkan penyertaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram