Elak cedera teruk, baiki 'unforced error' adalah resipi Zii Jia buru emas di LA 2028 — Roslin Hashim


  • Podium
  • Sabtu, 10 Ogos 2024

Fokus jangka panjang Zii Jia kini adalah untuk memburu pingat emas di Sukan Olimpik 2028. — MOM

MISI untuk pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia memburu pingat emas di Sukan Olimpik diteruskan selepas penantian tertangguh sekali lagi pada edisi 2024.

Zii Jia berjaya membaiki rekodnya di Sukan Olimpik 2020 apabila meraih gangsa pada Sukan Olimpik 2024 dengan menewaskan Lakhsya Sen untuk membawa pulang pingat.

Akan tetapi, ia masih belum cukup buat pemain berusia 26 tahun itu kerana dia mahukan kejayaan tertinggi yang sekali gus menamatkan penantian negara untuk meraih emas di temasya terulung tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Rasa bangga lihat 'fighting spirit', berjuta-juta fans ikut sorak beri sokongan kepada Zii Jia

BACA LAGI: 'Dapat gangsa pun cukup bermakna', Roslin Hashim puji peningkatan prestasi Lee Zii Jia

Oleh itu, sasaran dan pantauan diteruskan untuk Sukan Olimpik 2028 (LA 2028) di Los Angeles, Amerika Syarikat pula. Sudah pasti, Zii Jia yang ketika itu sudah berusia 30 tahun mahu membawa pulang emas.

Tetapi bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut? Menurut bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim, tempoh masa panjang menuju LA 2028 memerlukan Zii Jia untuk kekal cergas dan berprestasi baik.

454210045_905210214977480_8358173564626575728_n

Zii Jia (kanan) dilihat sering melakukan unforced error. — MOM

Paling penting adalah Zii Jia perlu mengelak daripada mengalami kecederaan serius yang mampu merencatkan perjalanan kariernya.

"Sasaran dia sendiri adalah untuk meraih pingat emas. Semestinya dia akan kembali lagi di LA 2028. Cuma, banyak lagi perkara dia perlu baiki, dan kerana Sukan Olimpik seterusnya adalah dalam tempoh empat tahun, macam-macam benda boleh berlaku.

"Paling penting adalah mengelak daripada kecederaan serius. Sebab sekarang pun dia sudah 26 tahun, bila di LA kelak dia sudah 30 tahun. Bila sudah cedera pada usia macam tu, proses pemulihan itu akan lambat sedikit," kata Roslin kepada Majoriti.

Melihat kepada kelemahan dalam permainan Zii Jia, Roslin berpendapat masih ada perkara yang perlu dibaiki oleh pemain tersebut untuk menjadi bintang handalan.

Menurut Roslin, kelemahan ketara yang dilihat pada Zii Jia adalah pada caranya meletakkan bulu tangkis itu kepada tempatnya. Hal ini kerana, dia berpendapat pemain itu sering tersasar ketika melakukan pukulan.

454286609_905210224977479_932495064952808914_n

Masih ada peluang untuk Zii Jia meraih pingat emas di Sukan Olimpik seterusnya. — MOM

"Dia banyak lakukan unforced error, itu adalah kelemahan yang ketara.

"Macam contoh, bila dia ada peluang untuk melakukan smash atau sebagainya, pukulannya itu lazimnya tersangkut di jaring atau keluar daripada gelanggang," jelas Roslin.

Roslin yakin yang semangat dan kelaparan Zii Jia terhadap kejayaan masih menyala. Cuma dia memerlukan sokongan padu daripada barisan kejurulatihan serta penyokong untuk merealisasikan misinya.

Empat tahun menuju LA 2028 itu panjang dan banyak perkara boleh berlaku. Tetapi, jika Zii Jia mengambil setiap peluang yang ada, peluang mendapatkan emas itu pastinya ada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram