Sabah FC asah 'tanduk' sebelum jumpa Selangor FC, Tok Gajah tempang berdepan TFC


  • Podium
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Antara aksi tonggak Sabah FC, Darren Lok (kanan) yang cuba merampas bola daripada pemain Sri Pahang.

SABAH FC dalam misi mendapat rentak kemenangan apabila tampil cemerlang dengan meraih keputusan 3-2 ketika berkunjung ke Stadium Temerloh untuk berdepan Sri Pahang FC.

Dalam aksi di laman lawan itu, skuad Tok Gajah membuka tirai jaringan menerusi Kpah Sherman pada minit keenam perlawanan.

Begitupun, Sang Badak yang dilihat enggan kembali ke bilik persalinan dengan tangan kosong akhirnya berjaya mendapat jaringan menerusi Jafri Chew dan Farhan Roslan masing-masing pada minit ke-16 dan m-25.

BACA LAGI: Pestabola Merdeka 2024 mungkin sunyi, 3 Ultras negeri nekad boikot kejohanan FAM

BACA LAGI: Sekadar main 2 perlawanan, fans cadang Pestabola Merdeka buat format liga

WhatsApp Image 2024-08-09 at 23.06.04

Daniel Ting (tengah) meledak gol ketiga buat Sabah FC.

Giliran Daniel Ting menghukum Sri Pahang apabila tandukan daripada tonggak Harimau Malaya itu berjaya menembusi pintu gawang tuan rumah sekali gus mencetak gol ketiga buat Sabah.

Keputusan itu menyaksikan pelbagai aksi menarik disajikan antara kedua-dua pasukan termasuk momen ketika jaringan ketiga Sabah menerusi Daniel Ting membuat penjaga gol Tok Gajah, Zarif Irfan 'lemas'.

Bersambung babak kedua, Kpah Sherman sekali lagi mencetak gol kedua buat Tok Gajah namun tidak dapat membantu Pahang untuk mencuri tiga mata penuh dalam aksi tersebut.

Hasrat Tok Gajah untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila pengadil perlawanan meniup wisel tamat permainan sekali gus menyaksikan Sabah berjaya mencuri tiga mata penuh.

Dengan kemenangan itu, Sabah FC berjaya memperbaiki kedudukan untuk naik ke tangga ketiga selepas tujuh perlawanan Liga Super.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee amat memerlukan kemenangan ini susulan kekalahan yang dialami pada aksi liga sebelum ini apabila dimalukan Kuala Lumpur (KL) City 0-3, sekali gus menghidupkan peluang sekurang-kurangnya mencabar kedudukan kedua liga yang kini didiami Selangor FC dengan yang mengumpul 13 mata.

Bagi aksi Liga Super seterusnya untuk kedua-dua pasukan, Sabah FC akan melayan kunjungan Selangor FC pada 13 Ogos ini, manakala Sri Pahang FC pula bertandang ke negeri jiran, Terengganu FC pada 16 Ogos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram