Bukan mudah saing JDT, bintang Kedah mahu lunas dendam Piala FA


  • Podium
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Skuad Sang Kenari turun dengan misi balas dendam tersingkir Piala FA menjelang aksi Liga Super berdepan JDT pada Jumaat. — Facebook/KDAFC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC pastinya mahu segera melupakan kedukaan tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir kedua Piala FA apabila sekali lagi berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menghadapi lawan sama bagi saingan Liga Super pada Jumaat.

Meskipun berdepan kekalahan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, pemain tengah Sang Kenari, Hasbullah Abu Bakar enggan berputus asa dalam menghadapi cabaran Harimau Selatan sekali lagi.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu menerima tamparan hebat selepas dua aksi separuh akhir Piala FA 2024 apabila tewas dengan agregat 1-5.

BACA LAGI: Cools, Mat Yo boleh jadi 'par' bintang JDT berkelana di bumi Gajah Perang

BACA LAGI: Semua pemain kena bangkit, bukan mudah Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik buru emas Olimpik 2028 — Rashid Sidek

Hasbullah

Hasbullah berhasrat untuk membantuSang Kenari menewaskan Harimau Selatan. — Facebook/KDAFC

Dalam pada itu, Hasbullah berkata, kekalahan itu telah menyemarakkan semangat baharu dalam diri mereka untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

"Ia akan menjadi satu cabaran tetapi jika kami memberikan yang terbaik untuk pasukan, saya pasti kami boleh bersaing dengan JDT.

"Bagi persembahan saya, saya belum berpuas hati sepenuhnya kerana ini baru peringkat permulaan musim ini. Saya banyak belajar dan saya berharap dapat menentang JDT.

"Saya berharap saya akan membawa sesuatu untuk pasukan dan berkembang sebagai pemain yang boleh membantu di setiap bahagian untuk membantu Kedah beraksi dengan baik dalam liga," kata pemain berusia 29 tahun itu.

Menjelang aksi Liga Super yang akan berlangsung di laman lawan itu, Kedah terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Sony Norde yang digantung perlawanan selepas menerima kad merah pada perlawanan kedua separuh akhir Piala FA minggu lalu.

WhatsApp Image 2024-08-09 at 11.03.29

Sang Kenari terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Sony Norde (kanan). — Facebook/KDAFC

Bukan sahaja kehilangan Sony, malah Nafuzi turut mendedahkan bahawa jentera serangannya terpaksa melupakan khidmat Syafiq Ahmad, Sukhrob Nurullaev dan Faiz Nasir.

"Syafiq tidak boleh bermain kerana dia merupakan pemain pinjaman daripada JDT. Sukhrob juga cedera dan kini Faiz demam.

"Tetapi saya tidak terlalu bimbang kerana kami mempunyai penyerang lain dalam pasukan yang boleh melakukan tugas itu," kongsi Nafuzi.

Menurut Nafuzi, pemain yang sudah bersedia antaranya Fayyadh Zulkifli, Afeeq Iqmal Rosli, Ebenezer Assifuah dan Milos Gordic.

"Saya tahu perubahan dalam barisan tidak akan memberi kesan kepada cara saya mahu bermain permainan. Mereka tahu sistem saya dan sebagainya tetapi sekarang, untuk bermain dengan pasukan seperti JDT, pemain memerlukan keyakinan.

"Jika mereka bermain dengan yakin, saya pasti keputusan akan datang kepada kami," jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram