SRI Pahang FC akan menerima kunjungan daripada pasukan Sabah FC bagi perlawanan kelapan saingan Liga Super 2024 pada Jumaat.
Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang itu akan menyaksikan pertemuan dua pasukan tanah air yang tidak berada dalam prestasi baik ketika ini.
Melihat kepada keputusan Sri Pahang ketika ini, anak-anak buah Fandi Ahmad itu meraih dua kali seri dan dua kalah dalam empat perlawanan liga.
BACA LAGI: Sabah FC tiada mastermind, striker kena buat kerja — Matlan Marjan
BACA LAGI: Bukan mudah saing JDT, bintang Kedah mahu lunas dendam Piala FA
Sri Pahang pastinya mahu mencuri mata aksi bertemu Sabah FC lebih-lebih lagi bermain di laman sendiri.
Manakala, dalam tiga perlawanan liga sebelum ini, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu hanya merekodkan satu kemenangan dan dua kali tewas.
Seperti sudah dapat menghidu keputusan akhir aksi tersebut, rata-rata penyokong Tok Gajah enggan menaruh harapan tinggi kepada pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu.
"Sri Pahang dah biasa kalah, kalau menang besar itu luar biasa, Pahang gah pada nama saja," kata Amir Amri.
"Tidak apa lah, tak terkejut pun kalau kalah, dah memang jadi kebiasaan dengan Sri Pahang," kata Zamani Yong.
"Macam biasa lah, kalau kalah itu biasa, kalau menang luar biasa," kata Saiful Nizam Abd Razak.
"Seri atau kalah sudah pasti, kalau menang tak mungkin," kata Azman Man.
"Game ni kalau tak seri, confirm kalah, susah betul Pahang nak menang eh sekarang," kata Amir Rahimi.
Sri Pahang kini menghuni tangga ke-10 dengan enam mata, manakala Sabah pada kedudukan keenam dengan 10 poin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram