PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri meneruskan pemburuan pingat di Sukan Olimpik 2024 apabila berjaya mara ke pusingan akhir kategori 3 meter papan anjal.
Dalam aksi separuh akhir yang diadakan pada Khamis, Dhabitah berjaya melepasi cabaran dengan menduduki kedudukan 12 penerjun terbaik.
Dhabitah menamatkan aksi separuh akhir di tempat kelapan dan bakal bertarung di pusingan akhir pada Jumaat, 9 malam waktu Malaysia (3 petang waktu Paris).
BACA LAGI: Terjunan terakhir bawa tuah, Nur Dhabitah mara ke aksi akhir 3 meter papan anjal
BACA LAGI: Muncul semifinalis 3m papan anjal, Dhabitah perlu 330 mata jika mengidam gangsa Olimpik
Kejayaan itu nyata diterima baik oleh pengikut sukan tempatan dengan mereka mengharapkan Dhabitah dapat meraih pingat selepas terlepas peluang tersebut ketika Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Malah suami Dhabitah, Jiggy Masin turut gembira melihat pencapaian isterinya yang berjaya mara ke pusingan akhir.

IG Story Jiggy yang mengucapkan terima kasih atas sokongan buat Dhabitah. — Instagram/@jiggymasin
Jiggy atau nama sebenarnya Aizat Nazri meminta sokongan rakyat Malaysia untuk terus menyokong usaha Dhabitah pada pusingan akhir Jumaat ini.
"Okay Haji Lemon nak ucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat semua.
"Terima kasih, Insya-ALLAH yang baik (akan) berbaik kepada kalian. Esok (Jumaat) kita sokong lagi untuk pusingan akhir!," tulis Jiggy di Instagram Story miliknya.
Pada Jumaat, Dhabitah akan berdepan 11 lagi penerjun untuk sekali lagi cuba mendapatkan pingat di Sukan Olimpik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
