Muncul semifinalis 3m papan anjal, Dhabitah perlu 330 mata jika mengidam gangsa Olimpik


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Dhabitah (depan) berjaya mara ke separuh akhir dalam acara 3 m papan anjal wanita selepas memperoleh sebanyak 283.65 mata di Pusat Akuatik Olimpik Paris pada Rabu. — Instagram/Dhabitah Sabri

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke separuh akhir dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita selepas menduduki tempat ke-12 daripada 28 peserta dalam saingan awal.

Dhabitah juga memperoleh 283.65 mata selepas lima pusingan di Pusat Akuatik Olimpik Paris pada Rabu.

Dalam saingan sama, Chen Yiwen dari China menduduki tempat teratas dengan 356.40 mata, manakala Maddison Keeney dari Australia di tempat kedua (337.35 mata) dan Aranza Vazquez Montano (Mexico) menduduki tempat ketiga dengan 321.75 mata.

BACA LAGI: [VIDEO] Pecah rekod kebangsaan dan peribadi, Azizulhasni-Shah Firdaus gagal ke suku akhir acara pecut

BACA LAGI: Semua pemain kena bangkit, bukan mudah Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik buru emas Olimpik 2028 — Rashid Sidek

5883200405280764928

Dhabitah memperoleh sebanyak 283.65 mata selepas lima pusingan di Pusat Akuatik Olimpik Paris pada Rabu. — The Star

Dalam pada itu, pengarah teknikal program terjun negara, Bryan Nickson Lomas menjangkakan bahawa Dhabitah perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 330 mata atau lebih jika berhasrat menamatkan saingan di kedudukan podium, sekali gus menjamin sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Katanya, keputusan kemungkinan sukar diramalkan tetapi jumlah mata tersebut bagaimanapun perlu diperoleh Dhabitah sekiranya mahu berada di zon selamat, selain bergantung kepada prestasi semasa penerjun negara lain.

Penerjun berusia 25 tahun itu dijadualkan beraksi dalam acara separuh akhir 3m papan anjal wanita pukul 4 petang Khamis (waktu Malaysia).

Dhabitah pada masa sama perlu kedudukannya berada dalam kalangan 12 terbaik untuk mara ke peringkat akhir dan jika mahu merebut pingat gangsa Olimpik.

Pada temasya edisi lalu di Tokyo, Jepun, Dhabitah hanya menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan. — The Star/S.SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram