Dicabar untuk bangkit jadi tonik Dhabitah berjaya ke pusingan akhir


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Dhabitah menjadikan cabaran daripada jurulatihnya sebagai kekuatan untuk mara ke pusingan akhir. — MOM

KEJAYAAN penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mara ke pusingan akhir kategori 3 meter papan anjal Sukan Olimpik 2024 adalah hasil cabaran dari jurulatihnya.

Jurulatih Dhabitah mencabarnya untuk memberikan yang terbaik selepas dia bergelut di terjunan ketiga.

Pada mulanya, dia beraksi dengan baik namun kutipan mata di terjunan ketiga meletakkan Dhabitah di posisi tidak baik untuk mara ke pusingan akhir.

BACA LAGI: Terjunan terakhir bawa tuah, Nur Dhabitah mara ke aksi akhir 3 meter papan anjal

BACA LAGI: Muncul semifinalis 3m papan anjal, Dhabitah perlu 330 mata jika mengidam gangsa Olimpik

454615033_906552921509876_5200506286484096699_n

Dhabitah mara ke pusingan akhir sebagai penerjun kelapan terbaik. — MOM

"Terjunan pertama sangat baik untuk saya tetapi yang kedua, tidaklah terlalu teruk. Yang ketiga saya agak bergelut dan dua lagi baki (terjunan), jurulatih memberikan kepercayaannya kepada saya untuk kembali bangkit.

"Dia (jurulatih) kata 'okey, selepas ini aku nak tengok bagaimana kamu bangkit semula," kata Dhabitah.

Hasil daripada cabaran jurulatih itu nyata membawa hasil buat Dhabitah apabila dia berjaya bangkit di terjunan keempat dan kelima.

Kemuncaknya adalah pada terjunan terakhir yang menyaksikan Dhabitah berada di kelompok lebih selesa untuk mara ke pusingan akhir yang melibatkan 12 peserta.

Dhabitah mara ke pusingan akhir dengan mengumpul 286.95 mata untuk menduduki tempat kelapan.

Aksi akhir akan diadakan pada Jumaat pukul 9 malam waktu Malaysia (3 petang waktu Paris). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram