Tak kisah harga final Piala FA, penyokong JDT takut beli tiket awal elak ulangi insiden Piala Sumbangsih?


  • Podium
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Kali terakhir JDT dan Selangor bertembung di pentas final ketika di Piala Malaysia 2022.

"BELI 'last' minit tak apa kan? Takut nanti ada yang tarik diri."

Itulah antara kerisauan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan harga tiket serta tarikh perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Ogos nanti.

Aksi dua gergasi Liga Malaysia itu pastinya menjadi perlawanan akhir impian seluruh penyokong bola sepak negara ini selepas kali terakhir mereka bertembung di pentas final pada 2022.

BACA LAGI: Safawi-Akhyar masih yo-yo, Paulo Josue jadi pilihan bantu KL City bawa pulang 3 mata

BACA LAGI: [VIDEO] Setaraf bintang Eropah, 3 'advantage' dalam tangan Selangor sebaik sambar peledak Jordan

Ketika itu, JDT berjaya menewaskan Selangor dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri.

Musim ini, sepatutnya JDT dan Selangor akan membuka tirai Liga Super menerusi aksi Piala Sumbangsih sebelum pihak pengurusan Gergasi Merah membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan itu.

Ia berikutan kes jenayah yang berlaku terhadap bintang Selangor, Muhammad Faisal Abdul Halim sehingga menyebabkan pemain itu mengalami kecederaan parah akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Penarikan diri Selangor itu juga mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas mengambil kira faktor keselamatan skuad Gergasi Merah.

Disebabkan itu, penyokong JDT mula berkira-kira untuk membeli tiket final Piala FA lebih awal kerana tidak mahu insiden perlawanan Piala Sumbangsih berulang semula.

"Dah 'confirm' ke tarikh ini?" soal Azraie Azr.

"Tak batalkan ini? Takut nanti beli, dah tempat hotel ada yang tarik diri," ujar Zamir Rohani.

"Jangan beli dulu, takut 'last' minit ada yang tarik diri," kata Dexter South.

"Nak beli tiket takut pula 'game' tak jadi, 'hold' dulu buat sementara waktu," jelas Mio Al-Fat.

Selangor akan bertemu JDT dalam perlawanan akhir Piala FA dan ia pastinya menjadi tumpuan seluruh penyokong bola sepak selepas kedua-dua pasukan merekodkan keputusan yang cemerlang sejak akhir-akhir ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram