[VIDEO] Penyokong Jordan label Ali Olwan antara pemain terbaik Asia, 'good signing' buat Selangor FC


  • Podium
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Olwan pernah menjaringkan hatrik ketika menewaskan Harimau Malaya dengan keputusan 4-0 di Jordan pada 6 Oktober 2021.

PENYOKONG Selangor FC tidak dapat menyembunyikan perasaan mereka selepas pihak pengurusan Gergasi Merah mengumumkan kehadiran pemain import baharu, Ali Iyad Ali Olwan dalam Majlis Sesi Ramah Mesra Pemain Pasukan Pilihan Selangor di SACC Mall, Shah Alam pada Isnin (5 Ogos).

Olwan yang masuk secara percuma dari Al-Shamal SC akan memakai jersi bernombor 90 bersama Gergasi Merah musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan arkitek penting Jordan ketika menewaskan Harimau Malaya dengan keputusan 4-0 ketika kejohanan Piala Asia 2023 pada Januari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Tetap bangga, 4 pencapaian hebat skuad hoki negara walaupun kemarau 24 tahun ke Olimpik

BACA LAGI: [VIDEO] Terengganu bakal terima tekanan hebat, 3 rekod cemerlang Selangor bila tiket 'sold out'

Pemain berketinggian 1.82 meter itu juga pernah melakarkan jaringan hatrik ketika menewaskan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Oktober 2021 di Amman, Jordan.

Kehadiran Olwan dalam kem Selangor pastinya memberi petanda bahawa Gergasi Merah serius mahu bersaing di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) yang akan bermula pada September.

Dalam ruangan komen pengenalan Olwan di media sosial Selangor turut mendapat sambutan daripada penyokong Jordan dengan melabelkan pemain itu antara terbaik di rantau Asia.

"Ali Olwan antara pemain terbaik ketika ini di kejohanan Asia dan dia mempunyai hantaran bola yang magikal," kata Osama Bani Younis.

"Ali Olwan adalah pemain sayap dan penyerang skuad kebangsaan Jordan. Dia adalah bintang di Piala Asia dan sedang meningkat naik di rantau ini," jelas Aiman Nimer.

"Antara 'signing' yang bagus untuk Selangor, Olwan dah terbukti di pentas Asia jadi tiada masalah untuk buktikan sesuatu dalam Liga Super," ujar Waleed Banihani.

Untuk rekod, sejak debut Olwan bersama Jordan dia telah tampil dalam 41 perlawanan dengan 12 jaringan gol serta dua 'assist'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram