Safawi-Akhyar masih yo-yo, Paulo Josue jadi pilihan bantu KL City bawa pulang 3 mata


  • Podium
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Irfan Bakti memilih Josue sebagai pemain tumpuan menjelang perlawanan KL City dan Terengganu nanti.

TERENGGANU FC pastinya mahu melupakan kisah duka selepas terlepas peluang ke pentas akhir Piala FA apabila tewas kepada Selangor dengan keputusan 1-4 sekali gus menjadikan agregat 4-6 pada Sabtu lalu (3 Ogos).

Perlawanan yang menyaksikan Safuwan Baharuddin menjaringkan gol hatrik itu menendang keluar TFC daripada kejohanan Piala FA musim ini.

Dengan itu, Terengganu pastinya mahu bangkit menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam perlawanan Liga Super pada hujung minggu ini (10 Ogos).

BACA LAGI: Dikaitkan dengan pemain import bersara, Kelantan Darul Naim FC mahu rombak serangan pasukan?

BACA LAGI: [VIDEO] Setaraf bintang Eropah, 3 'advantage' dalam tangan Selangor sebaik sambar peledak Jordan

Bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berpendapat perlawanan di antara KL City dan TFC mungkin akan berpihak kepada The City Boys kerana rekod yang cemerlang dibawa pasukan Lembah Klang itu.

"Kalau kita tengok rekod perlawanan Kuala Lumpur dan Terengganu ia mungkin akan berpihak kepada KL City.

"Ini kerana kekalahan kepada Selangor tempoh hari sedikit sebanyak boleh mengganggu mental pemain sekali gus menjejaskan rentak permainan mereka.

"Dalam keadaan sekarang ini moral pemain cukup penting dan Terengganu perlu segera bangkit jika mahu cipta kemenangan," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, Paulo Josue bakal menjadi pernan penting buat Kuala Lumpur dalam perlawanan menentang Terengganu sambil mengulas prestasi semasa Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

"Kapten, Paulo Josue akan mainkan peranan besar dalam pasukan (Kuala Lumpur) dengan Zhafri Yahya untuk mengetuai cabaran pasukan itu.

"Josue mempunyai karakter sebegai seorang ketua dengan mengetuai Kuala Lumpur dengan baik meskipun mempunyai masalah dalaman.

"Bagi Terengganu, Safawi dan Akhyar mungkin menjadi tumpuan pasukan Sang Penyu namun prestasi semasa mereka tidak begitu konsisten.

"Ia tidak sama seperti Paulo yang kekal konsisten walaupun sudah berusia," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram