ATLET wanita Brazil, Bruna Alexandre melakukan smash dan melakukan 'chop' seperti pemain ping pong lain di Sukan Olimpik Paris 2024, tetapi apabila melakukan servis, dia menggunakan bat di tangan kiri untuk melambungkan bola tinggi ke udara.
Pergerakan itu yang kini dilihat mudah dan semulajadi, sebenarnya sesuatu amat sukar ketika Bruna mula menceburi sukan ini sebagai seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang hanya memiliki satu tangan sahaja.
Pada Isnin, dia melakar sejarah sebagai atlet pertama Brazil dan ketiga keseluruhan yang bertanding di temasya Olimpik dan Paralimpik selepas pelari Afrika Selatan, Oscar Pistorius dan pemain ping pong Poland, Natalia Partyka.
BACA LAGI: Safawi-Akhyar masih yo-yo, Paulo Josue jadi pilihan bantu KL City bawa pulang 3 mata
BACA LAGI: Dikaitkan dengan pemain import bersara, Kelantan Darul Naim FC mahu rombak serangan pasukan?
Bagaimanapun, penampilan sulung Bruna di Paris 2024 terhenti awal kerana undian kurang bernasib baik apabila berdepan pasukan utama dunia, Korea Selatan di pusingan pertama, tetapi dia bermain dengan baik ketika tewas acara beregu dan perseorangan.
"Bukan keputusan yang saya harapkan, tetapi kami puas hati dengan apa yang dicapai," kata Bruna, 29, selepas Brazil tewas 1-3.
"Kami tidak mengalah sehingga ke penghujungnya dan Korea adalah salah satu pasukan terbaik dunia. Saya dapat mencuri beberapa mata yang membuatkan saya gembira secara peribadi dan bangga pasukan saya berjuang sehingga ke akhirnya."
Ketika berusia tiga bulan, Bruna kehilangan tangan kanan kerana masalah darah beku.
Dia mula bermain tenis ketika berusia tujuh tahun dan memenangi beberapa kejohanan termasuk pingat gangsa di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan perak di Tokyo pada 2021.
"Jangan mudah mengalah apabila mengejar impian anda, sama ada anda hanya memiliki satu kaki atau tangan. Percayalah betapa semuanya mungkin. Selepas 22 tahun dalam karier, hari ini saya bermain di Olimpik," katanya. — The Star/KRYSTAL HU
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram