HAMPIR semua penyokong badminton global sebak melihat tangisan pemain perseorangan wanita Sepanyol, Carolina Marin yang terpaksa menarik diri ketika perlawanan menentang pemain China, He Bingjiao di Sukan Olimpik Paris pada Ahad.
Tiada daya untuk pemenang pingat emas edisi 2016 di Rio de Janeiro itu meneruskan perjuangan pada set kedua selepas mengalami kecederaan di lutut kanannya, meskipun mendahului dengan mata 10-8.
Tangisan teresak-esak Carolina membuatkan semua yang berada di Porte de la Chapelle Arena, di Paris, Perancis terdiam buntu dan ada juga yang turut mengalirkan air mata menyaksikan kejadian menimpa pemain itu.
BACA LAGI: Zii Jia-Antonsen sering berlatih bersama, siapa buat silap akan tewas — legenda badminton negara
BACA LAGI: RTM tidak sengaja siar aksi badminton atlet Olimpik Zionis berbanding Lee Zii Jia
Pemain berusia 31 tahun itu seperti mempunyai harapan untuk mara ke pusingan akhir apabila menang set pertama 21-14 dan mendahului 10-6 di set kedua sebelum dia terjatuh yang mengakibatkan kecederaan pada lutut kanannya.
Jurulatih pada awalnya cuba memujuk pemain berusia 31 tahun itu untuk tidak lagi meneruskan permainan namun Carolina tetap berkeras untuk bermain kerana yakin kemenangan akan berpihak kepadanya.
Tidak dinafikan nasib menimpa Carolina itu menyayat hati semua penyokong namun ada juga peminat yang membuka pekung sikap pemain tersebut ketika temasya Sukan Olimpik Rio pada lapan tahun lalu.
Tangisan buat Carolina Marin yang terpaksa mengabaikan perlawanan kerana kecederaan lutut meskipun sudah mendahului set pertama.
He Bingjiao mara ke peringkat Akhir dan akan bertemu An Se-Young dari Korea Selatan#GoForGold #SokongMalaysia #OlimpikParis2024 #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/Kd0wUo599i
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 4, 2024
Mengimbau kembali kejadian aksi separuh akhir pada 2016 itu, Carolina mengkritik lawannya, Li Xuerui kerana berpura-pura cedera dan menyifatkan ia sebagai taktik untuk menjejaskan prestasinya pada penghujung perlawanan mereka.
Walaupun Carolina memohon maaf selepas menyedari kecederaan dialami Xuerui namun peminat badminton masih tidak lupakan kejadian itu, lebih-lebih lagi pemain Sepanyol turut mengalami kecederaan yang sama dan pada peringkat sama iaitu pusingan separuh akhir.
Kejadian menimpa Xuerui menyaksikan Carolina memenangi perlawanan separuh akhir dengan keputusan 21-14, 21-16 dan akhirnya meraih pingat emas di pentas final selepas menewaskan PV Sindhu dari India.
Tangkap layar ciapan dari wartawan dari China itu.
"Dua sisi kecederaan sedih Carolina Marin. Hari ini (Ahad) apabila Li Xuerui yang bersara mengetahui kecederaan Marin, dia menangis di secara langsung televisyen.
"Saya tidak menimbulkan kebencian di sini. Kita seharusnya mempunyai lebih cinta dan persahabatan di Olimpik, bukan kebencian dan serangan," kata wartawan sukan dari China, Li Zexin menerusi laman X.
Dalam pada itu, keadaan yang tidak memihak kepada jaguh Sepanyol itu menyaksikan Bingjiao akan menentang juara dunia dan pemenang emas Sukan Asia Hangzhou dari Korea Selatan, An Se Young pada aksi final pada Isnin.
Juara dunia 2023 itu mengesahkan tiket ke final selepas menundukkan wakil Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung 11-21, 21-13, 21-16 pada aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram