[VIDEO] Aaron Chia hadiahkan pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 buat isteri sempena hari lahir


  • Podium
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Aaron Chia mendedikasikan pingat gangsa Olimpik Paris 2024 tersebut buat isteri tercinta yang menyambut ulang tahun kelahirannya. — Instagram/aaronchiatengfong

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak pulang tangan kosong apabila berjaya mempertahankan pingat gangsa Sukan Olimpik selepas menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada Ahad.

Berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Aaron-Wooi Yik meraih keputusan 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit pada perlawanan penentuan pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Paris.

Menariknya, kemenangan tersebut bukan hanya menjadi pencapaian besar untuk mereka dan Malaysia, tetapi juga memiliki makna peribadi yang istimewa bagi Aaron.

BACA LAGI: Olimpik 2024: Regu lelaki sumbang pingat pertama buat Malaysia

BACA LAGI: Bukan kerambit tapi gunting, pemain samseng mungkin disaman, digantung seumur hidup

Ia dapat dilihat apabila Aaron mendedikasikan pingat gangsa Olimpik Paris 2024 tersebut buat isteri tercinta iaitu Goh Mui Kee yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 5 Ogos.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, kelihatan pasangan romantis tersebut mengabdikan momen di gelanggang Olimpik Paris 2024 sambil memegang pingat gangsa yang dimenangi.

“Selamat hari lahir buat kekasihku. Harap ini boleh menjadi hadiah hari jadi yang paling istimewa untuk anda," tulisnya.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik memenangi pingat gangsa di Tokyo 2020 selepas menewaskan gandingan berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14. — The Star/S.SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram