PEMAIN nombor satu perseorangan negara, Lee Zii Jia tewas di separuh akhir kepada wakil Thailand yang juga merupakan juara dunia tahun lalu, Kunlavut Vitidsarn dalam temasya Olimpik 2024 pada Ahad.
Dalam aksi yang berlangsung kurang 60 minit itu, Zii Jia kalah 14-21, 15-21 kepada pemain di ranking kelapan dunia itu.
Selepas ketinggalan pada set pertama, jurang besar disaksikan di set kedua dengan Vitidsarn beberapa kali mengambil kelebihan daripada kesilapan Zii Jia.
BACA LAGI: Zii Jia-Antonsen sering berlatih bersama, siapa buat silap akan tewas — legenda badminton negara
BACA LAGI: RTM tidak sengaja siar aksi badminton atlet Olimpik Zionis berbanding Lee Zii Jia
Selain hanya membiarkan bulu tangkis keluar, wakil dari Thailand itu juga dapat menyaksikan bola tangkis Zii Jia terkandas di jaring permainan sebanyak beberapa kali.
Kekalahan itu membawa Zii Jia ke aksi penentuan pingat gangsa dengan dia akan berdepan Viktor Axelsen dari Denmark atau Lakshya Sen dari India.
Zii Jia dan Kunlavut terikat 4-4 berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini tetapi Kunlavut menang aksi terakhir antara mereka ketika Terbuka Indonesia, Jun lalu.
Kali terakhir perseorangan lelaki Malaysia berjaya melangkah ke final Sukan Olimpik adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2016 di Rio de Janiero yang menyaksikan beliau sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas di tangan pemain China, Chen Long. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram