Ketua Pengarah Laut didakwa menipu surat pengecualian minyak gred berat


Halim didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya. — Gambar/Utusan

KETUA Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM), Mohamad Halim, 57, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menipu bekas Ketua Pengarah JLM, Datuk Baharin Abdul Hamid berhubung kes empat tahun lalu iaitu penipuan surat pengecualian kepada syarikat perkapalan bagi membawa minyak gred berat di perairan negara tanpa kelulusan Menteri Pengangkutan.

Pertuduhan didakwa di hadapan Hakim Datuk Anita Harun atas tuduhan menipu Datuk Baharin Abdul Hamid.

Halim didakwa mengemukakan surat palsu yang menyatakan keputusan Menteri Pengangkutan mengenai pengecualian syarikat perkapalan membawa 'heavy grade oil' dalam perairan Malaysia, sedangkan tiada kelulusan sebenar.

BACA LAGI: Mangsa pertama bot nelayan karam Tanjung Segenting ditemukan lemas

BACA LAGI: 'Ada gaduh-gaduh', pergelangan tangan putus ditemui di lokasi kereta terbakar di Ipoh

2748533

Halim didakwa mengemukakan surat palsu yang menyatakan keputusan Menteri Pengangkutan mengenai pengecualian syarikat perkapalan membawa 'heavy grade oil' dalam perairan Malaysia. — Agensi

Kesalahan itu menyebabkan Baharin mengeluarkan surat pengecualian yang tidak sepatutnya.

Halim didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan antara RM50,000 hingga RM70,000 dengan syarat tambahan seperti melapor diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Farhan Read yang mewakili tertuduh membantah jaminan tinggi dan mencadangkan RM10,000, menganggap tiada kerugian dinyatakan.

Mahkamah akhirnya menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, termasuk larangan mengganggu saksi pendakwaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram