SEPAK takraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu.
Umum mengetahui acara regu akan menemukan dua regu yang berlawanan dalam satu gelanggang dan setiap regu mempunyai tiga orang pemain yang terdiri daripada tekong, killer dan feeder.
Bagi acara regu, perlawanan tersebut amat ditunggu-tunggu oleh peminat sepak takraw kerana menjanjikan aksi-aksi yang menakjubkan terutamanya perlawanan tradisi antara regu lelaki Malaysia dan regu lelaki Thailand.
BACA LAGI: Jojo Ghazali, pasukan sepak takraw dipilih terima Anugerah Khas SAM-100Plus 2023
BACA LAGI: Skuad takraw negara terima habuan khas RM170,000 dari MSN
Meskipun sepak takraw antara sukan yang menjadi tumpuan peminat tanah air namun masih ada segelintir fans yang kurang jelas dengan teknik-teknik yang sering ditampikan dalam acara berkenaan.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga pergerakan maut yang sering digayakan oleh pemain sepak takraw.
1. Servis kuda
Servis kuda merupakan teknik servis dalam sukan sepak takraw yang diperkenalkan di peringkat antarabangsa oleh pasukan Thailand pada tahun 1995.
Servis kuda dilakukan dengan aksi plantar fleksi kaki dan bahagian kekura kaki ketika fasa kontek bola-kaki.
Servis kuda yang dihasilkan tekong utama negara, Syahir Rosdi. — PSM
Pergerakan servis yang seakan-akan seperti pergerakan terkenal Bruce Lee memerlukan penekong mengangkat kaki ke udara sebanyak 180 darjah.
Menariknya servis tersebut, ia akan menyepak bola menggunakan hadapan permukaan jari kaki.
2. Servis skru
Bola yang ditujukan seakan skru yang berputar dengan laju yang ingin memasuki kepala pihak lawan.
Servis skru antara pergerakan yang akan dihasilkan tekong untuk mengelirukan lawan. — PSM
Service skru tersebut sering digunakan untuk mengelirukan pihak lawan.
3. Lipat Gulung dan Lipat Maniam
Seakan sepakan ‘bicycle kick’ apabila selepas menyepak bola di udara, si ‘killer’ akan berpusing 360 darjah dan jatuh di atas kaki semula.
Pergerakan tindak-balas itu mungkin seperti suatu pergerakan yang dahsyat, tapi di dalam gelanggang sepak takraw, pergerakan ini adalah pergerakan yang normal dan sering dilakukan setiap killer.
Antara aksi lipatan gulung dan maniam yang mewarnai perlawanan sepak takraw. — PSM
Selain itu, Lipat Maniam (Sunback kick) juga sering digunakan oleh killer-killer semasa permainan.
Teknik maniam merupakan nama lain bagi rejaman jenis 'back stroke' dan ia popular digunakan di Malaysia, selain Singapura, Filipina serta negara-negara Eropah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram