Olimpik 2024: Regu lelaki sumbang pingat pertama buat Malaysia


  • Podium
  • Ahad, 04 Ogos 2024

Aaron- Wooi Yik berjaya bangkit semula selepas dikalahkan di set pertama.

PERJUANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuahkan hasil apabila berjaya menyumbang pingat pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris.

Duo Malaysia itu berjaya menewaskan pasangan dari Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim dengan kutipan mata 16-21, 22-20, 21-19 untuk meraih pingat gangsa di Arena Adidas di Port de la Chapelle pada Ahad.

Aaron- Wooi Yik berjaya bangkit semula selepas dikalahkan di set pertama untuk menjinakkan lawan mereka di set kedua, sebelum mencatat kemenangan di set ketiga.

Pasangan beregu nombor satu negara itu berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram