Aksi terbang, poin 'silap ukur' hiasi comeback Zii Jia sumbang pingat kedua Malaysia


  • Podium
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Lee Zii Jia berjaya meraih pingat gangsa selepas menumpaskan lawannya dari India, Laskhya Sen pada sukan Olimpik Paris 2024.

LEE Zii Jia membuat 'comeback' untuk menyumbang pingat kedua buat negara pada acara penentuan pingat gangsa acara perseorang badminton apabila menewaskan lawan dari India, Laskhya Sen.

Kesilapan menilai Zii Jia banyak menyumbang mata buat Lakshya pada set pertama dengan menyaksikan 10 daripada 21 mata lawan diperolehi adalah akibat pukulan yang terlalu kuat ke belakang dan garisan tepi.

Perlawanan set pertama tamat dengan keputusan 13-21.

BACA LAGI: Zii Jia-Antonsen sering berlatih bersama, siapa buat silap akan tewas — legenda badminton negara

BACA LAGI: RTM tidak sengaja siar aksi badminton atlet Olimpik Zionis berbanding Lee Zii Jia

Zii Jia cuba bermain lebih agresit pada set kedua tetapi ternyata pemain India tersebut mengambil kesempatan atas kegagalan Zii Jia membuat hantaran tepat ke belakang dan permainan net yang kurang kemas.

Namun Zii Jia mempamerkan kebangkitan selepas ketinggalan 3-8 pada set kedua dengan kembali mendahului 11-8 apabila Lakshya pula sering membuat kesilapan mudah.

Zii Jia bagaimanapun kembali kehilangan fokus apabila memberi mata 'percuma' kepada Lakshya susulan kesilapan mencari ruang untuk memerangkap lawannya.

Kesilapannya itu tidak lama apabila Zii Jia bangkit menjauhkan jurang mata dengan permainan yang lebih agresif untuk menamatkan set kedua dengan kemenangan 21-16, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bersambung di set penentuan, Zii Jia unggul mendahului 11-6 selepas beberapa kali berjaya mematikan bola menerusi pukulan smash kencang yang gagal diangkat lawannya.

Momentum cemerlang itu diteruskan sehingga ke mata akhir perlawanan yang menyaksikan jagur perseorangan negara itu meraih kemenangan 20-11 untuk menghadiahkan pingat gangsa kedua negara.

Terdahulu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat gangsa pertama negara dalam edisi kali ini menerusi acara beregu lelaki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram