SUKMA 2024: 'Silver to Gold', Perak sediakan insentif lumayan buat atlet


  • Podium
  • Ahad, 04 Ogos 2024

Kontinjen Perak menamatkan saingan SUKMA Kuala Lumpur 2022 di tangga kelapan selepas membawa pulang 101 pingat.

KONTINJEN Perak meletakkan sasaran 35 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang sesuai dengan slogan 'Silver to Gold' yang ditanam negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya mempunyai harapan tinggi, terutamanya dalam acara judo, silat, kabaddi, silambam, muay thai, kriket dan hoki.

Jelasnya, meskipun Perak hanya berada di kedudukan kelapan dalam carta kutipan Perak pada SUKMA yang lalu, atlet negeri itu akan melakukan yang terbaik bagi temasya kali ini.

BACA LAGI: Pasti dirindui, bina badan antara 3 acara sukan 'tercicir' di temasya SUKMA Sarawak

BACA LAGI: SUKMA 2024: Bintang kelab MPFL anggap tuan rumah, Pulau Pinang pencabar utama futsal Selangor

Perak MB Datuk Seri Saarani Mohamad giving the press conference after the PTG's excellence service awards ceremony at Kinta Riverfront hotel.

Saarani percaya sasaran pingat yang diletakkan adalah relevan dan tidak keterlaluan.

"Sasaran berkenaan bukanlah sesuatu yang mustahil. Tiada gunung terlalu tinggi bagi sesiapa yang bercita-cita untuk berada di atas," katanya.

Saarani berkata demikian ketika menyerahkan bendera negeri kepada kontinjen Perak pada Ahad.

Tambahnya, sebagai tanda penghargaan buat atlet, kerajaan negeri sudah menyedikan insentif berupa wang ringgit kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat.

"Individu yang meraih emas akan menerima RM5,000, bagi perak akan membawa pulang RM3,000 dan RM1,000 bagi pemenang pingat gangsa.

"Untuk kategori berkumpulan pula, RM2,500 akan disediakan, RM1,500 buat yang membawa pingat perak dan RM500 bagi pingat gangsa. Jurulatih dan pengurus akan menerima insentif berdasarkan pencapaian atlet di bawah jagaan masing-masing," katanya.

Saarani turut menegaskan kejayaan tidak hanya dinilai menerusi kutipan pingat tetapi semangat juang, integriti dan kesungguhan untuk bangkit juga disaksikan.

"Apa sahaja yang berlaku di Sarawak, banggalah dengan apa yang terbaik anda sudah lakukan buat Perak," katanya lagi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram