Tubuh kerdil tak halang tonggak bola keranjang Jepun jadi pilihan berbanding bintang Perancis


  • Podium
  • Rabu, 31 Jul 2024

Wembanyama (kanan) berketinggian 2.24 meter dan Togashi pula hanya berketinggian 1.67 meter.

PERANCIS merekodkan kemenangan mengejut kepada Jepun dengan keputusan 94-90 dalam pertembungan bola keranjang bagi saingan Kumpulan B dalam temasya Sukan Olimpik dekat Stadium Pierre Mauroy, Lille, Perancis pada Selasa.

Perancis dengan dua kemenangan kini berada di puncak kumpulan dengan empat mata sebelum bertemu Jerman pada Jumaat, manakala, Jepun yang kini berada tempat ketiga masih boleh mara ke lapan terbaik jika mereka menewaskan Brazil dengan margin yang cukup besar.

Dalam perlawanan penuh debaran itu menyaksikan penyerang Perancis, Victor Wembanyama menyumbang lima mata semasa tambahan masa bagi membantu mengukuhkan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan.

BACA LAGI: Fandi banyak mengeluh kisahkan Sri Pahang masih terus bergelut

BACA LAGI: Nasib Saravanan seperti terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau

Selain momen-momen perlawanan yang cukup mengujakan, foto Wembanyama ketika cuba melepasi tonggak Jepun iaitu Yuki Togashi menjadi tular di media sosial kerana perbezaan ketinggian mereka.

Togashi yang hanya berketinggian 1.67 meter itu kelihatan terlalu kerdil apabila dilihat cuba menghalang gerakan serangan daripada wira Perancis dengan ketinggian 2.24 meter berkenaan.

Perbezaan ketinggian antara Wembanyama dan Togashi itu menyaksikan bintang Jepun berkenaan kelihatan sama tinggi dengan kaki bintang San Antonio Spurs tersebut.

isi dalamamm

Wembanyama (kiri) menyumbang lima mata semasa tambahan masa untuk Perancis.

Togashi adalah salah seorang pemain terbaik dalam pasukan bola keranjang Jepun dengan majoriti penyokong gemar dengan kemahiran pemain itu walaupun ketinggiannya kurang ideal untuk sukan berkenaan.

"Mesti dia sangat bagus dalam permainan ini sehingga dia boleh terpilih dalam skuad kebangsaan Jepun meskipun sangat rendah," kata salah seorang peminat di media sosial yang mengagumi skil Togashi.

"Togashi memang jauh lebih baik kerana dia mempunyai kelajuan, penglihatan dan kemahiran," puji salah seorang penyokong dari komunti bola keranjang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram