
PEMAIN perseorangan lelaki Sepanyol, Pablo Abian adalah atlet tertua pada usia 39 tahun dalam pertandingan badminton bagi temasya Sukan Olimpik Paris tetapi ia bukan alasan untuk dia tidak memberikan persembahan cemerlang.
Abian telah menjadi duri dalam daging kepada ramai pemain terkemuka Malaysia pada masa lalu dan nampaknya tradisi itu ingin diteruskan lagi menjelang pertemuan Lee Zii Jia pada Rabu.
Kedua-dua atlet itu difahamkan akan bertemu dalam perlawanan kedua Kumpulan G dengan satu tempat terakhir dalam pusingan 16 terakhir dipertaruhkan.
BACA LAGI: Rasa sakit tak halang Goh Jin Wei tampil semangat berlawan sebelum tumbang
BACA LAGI: 'Tangan saya kaku', Goh Jin Wei gembira atasi gementar raih kemenangan pertama
Pemain Sepanyol berkenaan mungkin tidak berada pada tahap kegemilangannya lagi tetapi Abian masih dahagakan kemenanangan dalam penampilan kelimanya di Sukan Olimpik pada tahun ini.
Untuk rekod, Abian sebelum ini telah menumbangkan bekas pemain Malaysia, Hafiz Hashim, Wong Choong Hann, dan kemudiannya Chong Wei Feng dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
Malah, Zii Jia sendiri hampir tewas kepada pemain Sepanyol itu dalam satu-satunya pertemuan mereka setakat ini pada Terbuka Hylo 2021 sebelum menang tipis 21-11, 21-23, 24-22.
Abian bertekad untuk bertemu pemain perseorangan negara, Zii Jia pada Rabu. — Agensi
“Sudah bertahun berlalu namun saya masih boleh berada di Sukan Olimpik semula. Ini akan menjadi penampilan kelima saya, tetapi saya masih melayannya seperti Olimpik yang pertama.
“Saya bermotivasi dan bersedia. Adalah penting untuk mengekalkan hasrat yang sama iaitu ingin berlatih dan memperbaiki diri setiap hari, mengekalkan kesediaan yang sama untuk bersaing dan memperbaiki diri.
“Sukan Olimpik adalah perkara terbaik yang boleh disasarkan oleh seorang atlet, dan itu memberikan motivasi tambahan. Menghadapi sesi latihan berganda harian adalah bahagian yang paling sukar berkali-kali, dan kemudian datang ke kejohanan.
“Tetapi Sukan Olimpik mengatasi segala-galanya. Ia memberi anda motivasi tambahan semasa hari-hari rendah anda. Matlamatnya adalah untuk layak dari peringkat kumpulan dan berjuang untuk pingat," katanya memetik dalam satu temu bual dengan Badminton Eropah.
Hafiz Hashim antara pemain yang pernah menentang Abian sebelum ini. — Agensi
Abian meraih emas dalam Sukan Eropah di Baku, Azerbaijan pada 2015 dan juga telah memenangi 29 gelaran dalam kejohanan peringkat Cabaran Antarabangsa atau Siri Perlawanan.
Dia bermula dengan kemenangan apabila menewaskan pemain Sri Lanka Viren Nettasinghe 21-9, 21-19 dalam perlawanan kumpulan pertamanya di Arena Adidas di Port de la Chapelle pada Rabu.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram