[VIDEO] Tiga penyerang Croatia 'harga' sama dengan Ivan Mamut boleh dipancing TFC


  • Podium
  • Selasa, 30 Jul 2024

Mamut muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 17 gol buat Sang Penyu.

PENGENDALI Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mendedahkan pasukan Pantai Timur itu kini mengintai khidmat seorang peledak gol dari Croatia.

Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 menyaksikan skuad Peteh meledakkan 19 gol dan penjaring terbanyak Terengganu ketika ini ialah Safawi Rasid dan Ismaheel Akinade yang berkongsi empat gol.

Meskipun begitu, pasukan itu pastinya merindui penjaring terbanyak mereka pada musim 2023, Ivan Mamut.

BACA LAGI: [VIDEO] Import baharu JDT pernah beraksi dengan anak Zinedine Zidane, ex bintang Kelantan

BACA LAGI: Bekas anak didik Steven Gerrard dikaitkan dengan kelab Lembah Klang

Penyerang berusia 27 tahun itu sebelum ini disisihkan selepas mengalami kecederaan semasa kempen pra-musim.

Pengendali asal Crotia itu juga memaklumkan bahawa dia sudah berbincang dengan barisan pengurusan Terengganu untuk membawa masuk pemain di posisi penyerang pada jendela perpindahan kedua kelak.

Jurulatih itu turut mendedahkan Terengganu kini mengintai khidmat penyerang Croatia menjelang jendela perpindahan kedua liga bulan depan.

Di sini Majoriti senaraikan tiga penyerang Croatia yang mempunyai tanda harga sama dengan Mamut dan kini bergelar ejen bebas:

Luka Mamic

Mamic sebelum ini banyak beraksi di negara kelahirannya dan kini sudah bergelar ejen bebas pada awal Julai ini.

1. Luka Mamic

Pemain sayap berusia 21 tahun, Luka Mamic boleh menjadi antara bintang baharu Terengganu jika pihak pengurusan berminat untuk membawa import dari Croatia.

Mamic sebelum ini banyak beraksi di negara kelahirannya dan kini sudah bergelar ejen bebas pada awal Julai ini.

Bekas graduan kelab Hajduk itu turut mempunyai rekod jaringan yang baik sepanjang 96 permainan dengan 21 gol dan 11 bantuan jaringan (assist) ia sekali gus mampu memberikan kelebihan buat TFC menambah kekuatan di posisi serangan pasukan.

2. Andrija Filipovic

Pernah beraksi dengan kelab gergasi Itali, Juventus FC, Andrija Filipovic juga antara calon terbaik untuk menggantikan Mamut semasa jendela perpindahan kedua nanti.

Filipovic pernah membantu salah satu kelab yang diwakilinya menjuarai piala Liga Slovenia pada musim 2020/21.

Selain beraksi posisi penyerang, Filipovic juga boleh bermain di kawasan kiri dan kanan sebagai pemain sayap.

Ini sekali gus memberikan kelebihan buat Terengganu, jika Tomislav mahu mengubah variasi taktikal ketika berdepan lawan berbeza.

3. Anton Maglica

Jika Terengganu mencari pemain yang mempunyai mentaliti juara, Anton Maglica adalah calon paling sesuai untuk dibawa menjelang jendela perpindahan kedua nanti.

Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai empat koleksi trofi di Liga Cyprus semasa mewakili Apollon Limassol dan Hadjuk Split.

Untuk rekod jaringan, dalam 366 penampilan Maglica berjaya meledak 119 gol dan kelab terakhirnya ialah SK Austria Klagenfurt di Liga Austria. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram