BINTANG muda Sepanyol dan Barcelona, Lamine Yamal dilaporkan berhenti mengikuti teman wanitanya, Alex Padilla di media sosial selepas rakaman video gadis itu duduk di atas riba lelaki lain tular.
Ia berlaku hanya beberapa minggu selepas pasangan berkenaan kelihatan begitu mesra di atas padang di Berlin ketika Sepanyol menjuarai Euro 2024.
Malah Yamal dan Padilla bercuti bersama di Milan dan Greece sebelum pemain sensasi itu kembali memulakan latihan.
BACA LAGI: 'Selangor akan dominan lawan Sri Pahang, tak selesai masalah jika pecat Fandi Ahmad'
BACA LAGI: ‘JDT bukan tempat pemain dibangunkan dalam Malaysia’
Susulan video tular berkenaan, Yamal, 17, berhenti mengikuti Padilla di Instagram.
Padilla juga melakukan perkara sama dan turut memadamkan kesemua hantarannya di media sosial.
Padilla mempunyai lebih suku juta pengikut di media sosial dan pempengaruh muda itu sering mengikuti perlawanan Sepanyol sepanjang Euro 2024.
Yamal, yang memulakan kempen Euro di Jerman pada usia 16 tahun sebelum meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-17 pada 13 Julai, adalah bintang baharu di kejohanan itu.
Dia menjaringkan gol ketika aksi separuh akhir menentang Perancis dan melakukan empat bantuan gol dalam kesemua tujuh perlawanan Sepanyol. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram