Terengganu dalam perancangan wujudkan kawasan khas untuk wanita


  • Podium
  • Isnin, 29 Jul 2024

Hishamuddin mengemukan perancangan untuk mewujudkan kawasan khas khusus untuk golongan wanita. — Facebook/Hishamuddin

TERENGGANU FC (TFC) sedang mempertimbangkan rancangan untuk mewujudkan kawasan khas khusus untuk golongan wanita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dekat Gong Badak di Terengganu.

Inisiatif berkenaan dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim susulan luahan mengenai isu percampuran penonton antara lelaki dan wanita minggu lalu.

BACA LAGI: KDN FC pertaruh Valdumar segera akhiri kebuntuan jaringan

BACA LAGI: TBG, TFC dan KDN antara kelab ideal pikat Allee Putra

“Sewaktu perlawanan bola sepak antara Terengganu FC vs Selangor FC sempena Separuh Akhir Piala FA, antara yang berbangkit adalah tentang percampuran penonton antara lelaki dan perempuan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Oleh itu, pihak kerajaan negeri dan pengurusan TFC mengemukakan cadangan bagi mewujudkan satu zon khas untuk kaum wanita sudah dipersetujui dan akan dilaksanakan dalam aksi seterusnya berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Selasa.

“Pihak Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan Terengganu FC telah memperhalusi perkara ini dan bersetuju untuk memberikan komitmen bagi meletakkan satu kawasan khas buat penonton wanita dan keluarga.

“Ia akan dimulakan sempena perlawanan Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC pada 30 Julai 2024 ini. Berkebetulan juga, pihak TFC menganjurkan Matchday x Family Day," jelasnya.

Tiada perubahan bagi pintu masuk untuk penonton wanita dan beliau berharap usaha murni pihak pengurusan khususnya TFC dapat meningkatkan keselesaan para para penyokong yang hadir ke stadium.

“Oleh kerana sifat stadium ini terbuka, pihak penonton wanita tidak dihalang untuk memasuki dari mana-mana pintu dan boleh berada di mana-mana kawasan tempat duduk.

“Walaupun begitu, usaha memperkenalkan kawasan khas adalah satu bentuk inisiatif istimewa yang diperkenalkan buat kaum wanita dan keluarga demi keselesaan dan keamanan.

“Sokongan daripada kaum wanita dan keluarga akan menyemarakkan lagi usaha kita bersama bagi mendokong tuntutan beragama dan bersyariah," jelasnya.

Terengganu dijadualkan melayani kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 30 Julai dengan sepak mula pada pukul 9 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram