PEMAIN muda berbakat besar, Allee Putra Azril kini sedang mengintai peluang kembali ke Liga Super menjelang jendela perpindahan kedua liga dibuka pada Ogos ini.
Selepas berkelana lebih kurang tiga tahun di bumi Eropah, bekas pemain Kelantan FC itu mendedahkan mahu menabur bakti bersama salah satu kelab Liga Malaysia (Liga M).
Pemain berketinggian 1.70 meter itu mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dan seakan-akan memberi bayangan bahawa menerima tawaran daripada beberapa pasukan Liga M menjelang jendela perpindahan kedua yang bermula Ogos nanti.
BACA LAGI: Kembali ke 'the best place', ex Kelantan FC bakal kongsi ilmu Eropah bersama kelab Liga M
BACA LAGI: Ada bendera Malaysia, 3 pemain lokal mungkin sertai JDT menurut khabar angin
Allee Putra ketika beraksi bersama Malaga FC. — Instagram/allee_putra_11
Bekas pemain Kelantan FC itu mula dikenali apabila berkelana ke Sepanyol untuk beraksi bersama pasukan Bawah 19 Tahun (B-19) Akademi Malaga, Sepanyol.
Dengan jendela perpindahan yang akan dibuka tidak lama lagi, Allee pastinya mahu mencari kelab yang boleh membantu meningkatkan prestasinya di atas padang.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga kelab yang boleh membantu Alle menambah pengalaman dalam saingan Liga M.
1) Terengganu FC
Terengganu FC antara pasukan yang kini dilihat berada dalam momentum terbaik apabila mengekalkan momentum cemerlang dalam saingan Liga M ketika ini.
Setakat ini, Sang Penyu merekodkan lima kemenangan dan dua seri selepas tujuh perlawanan Liga M.
Dalam pada itu, Terengganu antara kelab yang dilihat sesuai untuk Allee mengembangkan lagi sayapnya dalam saingan Liga M.
Allee yang boleh beraksi di posisi sayap dan tengah itu dijangka boleh membantu menajamkan lagi jentera serangan Sang Penyu.
Dengan kontrak Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dijangka tamat hujung tahun ini sebagai pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), pastinya kehadiran Allee mampu membantu kekosongan tersebut.
Allee Putra ketika beraksi bersama Kelantan FC bagi musim 2023. — Instagram/allee_putra_11
2) Kelantan Darul Naim FC
Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dilihat berpotensi untuk mengikat pemain muda berusia 18 tahun itu menjelang jendela perpindahan kedua nanti.
Ia berikutan apabila sebelum ini Allee mendedahkan pernah dilamar oleh KDN FC ketika masih berbakti bersama Kelantan FC.
Dalam pada itu, pastinya peluang untuk menabur bakti bersama pasukan Pantai Timur itu semakin cerah.
Sebelum ini, Allee pernah bermain bersama pasukan Kelantan dan melakukan 11 penampilan ketika mewakili skuad Pantai Timur tanah air itu.
Tentunya kehadiran Allee ke skuad kendalian Park Jae Hong itu boleh membantu KDN FC meraih keputusan positif dalam saingan Liga Super.
Bukan itu sahaja, gandingan mantap Allee dan pemain sayap KDN FC, Fazrul Amir dilihat berpotensi untuk mencipta peluang di barisan hadapan.
Allee merupakan bekas pemain Kelantan FC bagi musim 2023.
3) Perak FC
Perak FC antara pasukan Liga M yang dilihat memulakan kempen Liga Super dengan langkah longlai apabila tewas empat perlawanan.
Jentera serangan skuad kendalian Yusri Che Lah itu dilihat semakin tumpul apabila hanya enam gol berjaya diledak.
Dalam pada itu, Allee merupakan pemain yang sesuai untuk menggalas tugas di bahagian hadapan memandangkan mempunyai pengalaman beraksi di Sepanyol.
Meskipun bahagian serangan dibarisi pemain seperti Clayton Da Silveria, Wan Zack Wan Haikal dan Lee Tae-min namun pemain itu dilihat mempunyai kesukaran untuk mencetak gol.
Dalam pada itu, pengalaman Allee sepanjang beraksi di bumi Sepanyol itu dijangka mampu memberi perubahan kepada jentera serangan The Bos Gaurus (TBG). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram