Selain Danish Hakim, 3 lagi tragedi penyokong meninggal di stadium ketika aksi Liga Malaysia


  • Podium
  • Isnin, 22 Jul 2024

Tangkap layar video ketika Danish diusung keluar pihak perubatan stadium selepas rebah.

SEORANG penyokong meninggal dunia ketika hendak menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Aman, pada Jumaat (19 Julai).

Remaja berusia 18 tahun dikenali Muhammad Danish Hakim itu rebah sewaktu berada di tempat duduk penonton pada pukul 7 petang.

Arwah datang ke stadium bersama adiknya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Sang Kenari dan Harimau Selatan, namun rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Kedah rebah, tak sempat tonton aksi lawan JDT

BACA LAGI: Hidap jantung berlubang sejak lahir, arwah Danish tak 'miss game' KDA FC, selalu ingat tentang mati

Namun tragedi yang menimpa Danish bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah bola sepak yang melibatkan penyokong.

Sehubungan itu, Majoriti senaraikan tiga penyokong yang meninggal ketika melihat perlawanan bola sepak:



Zainal mati mengejut ketika berada di pekarangan stadium.

1. Penyokong Selangor mati mengejut ekoran sakit jantung

Keterujaan seorang penyokong pasukan Selangor untuk menonton perlawanan separuh akhir pasukan The Red Giants menentang Pahang di Stadium Shah Alam pada 6 Disember 2015, bertukar duka apabila dia mengalami serangan jantung.

Zainal Maudin, 60, yang datang dari Hulu Selangor untuk menyaksikan pasukan Selangor menentang lawan di gelanggang sendiri, disahkan mati mengejut ketika berada di pekarangan stadium, kira-kira pukul 9 malam.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia kerana mengalami masalah jantung.

Sabah

Tangkap layar video ketika Addly diusung untuk diberikan rawatan.

2. Penyokong Sabah rebah selepas meraikan jaringan The Rhinos

Seorang penyokong fanatik The Rhinos yang hadir untuk menyaksikan aksi Liga Super antara Sabah FC dan JDT di Stadium Likas dilaporkan meninggal dunia selepas pengsan ketika meraikan gol pembukaan tuan rumah.

Penyokong terbabit, Addly Elly Mily, 39, yang merupakan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan dilaporkan sudah menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.

Berdasarkan laporan doktor Hospital Queen Elizabeth 1, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam dan punca kematian tidak diketahui (brought in death/undertermined) pada 10 Ogos 2023.

Pahang

Azmi tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kedah.

3. Penyokong Pahang rebah di stadium sebelum disahkan meninggal dunia di hospital

Penyokong Pahang, Azmi Mat, 63, meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Pahang dengan Kedah di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 18 Mac 2018.

Pada waktu kejadian, Azmi tiba-tiba rebah ketika menyaksikan perlawanan yang berkesudahan Pahang menewaskan Kedah 1-0.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan diberikan rawatan serta pemeriksaan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 11.08 malam oleh pegawai perubatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram